Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Man United kekal "gayat" di atas, Liverpool tempat keempat


London: Manchester United kekal menduduki tangga teratas Liga Perdana selepas penjaga gol Liverpool, Alisson Becker memaksa pelawat meraih keputusan seri 0-0 di Anfield, hari ini.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer dilihat mempunyai peluang lebih baik untuk menjaringkan gol pada pertemuan epik antara dua kelab gergasi England itu.

Alisson menafikan cubaan Bruno Fernandes dan Paul Pogba pada babak kedua sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan.

United lebih dua mata mengatasi Manchester City di tempat kedua yang masih berbaki satu perlawanan selepas menewaskan Crystal Palace 4-0, hari ini.


Leicester juga kurang dua mata berbanding United di tempat ketiga manakala Liverpool selaku juara bertahan jatuh di tangga keempat.

"Ia akan menjadi lebih baik jika kami memenangi perlawanan seterusnya. Kami terlepas beberapa peluang tetapi barisan pemain sudah mempamerkan aksi terbaik.

"Saya rasa kami menunjukkan kematangan ketika perlawanan ini dan ada peluang untuk mencatatkan kemenangan. Kami memperoleh dua peluang terbaik dan ia diselamatkan oleh penjaga gol lawan," kata Solskjaer.


Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp kini mengharungi empat perlawanan tanpa dapat melakar kemenangan.

"Sukar untuk memberikan penjelasan. Kami sentiasa melepaskan peluang, termasuklah ketika memenangi perlawanan.

"Kami perlu mempamer aksi lebih baik untuk meraih mata. Saya rasa kami berpeluang meraih tiga mata penuh tetapi kami gagal menjaringkan gol," katanya. -MyMetro