Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Letupan kuat gemparkan bandar Riyadh


RIYADH: Satu letupan dilaporkan telah menggegarkan Riyadh hari ini dan punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Lapor Reuters, beberapa saksi memberitahu mereka terdengar dua letupan kuat dan ternampak kepulan asap di ruang udara Riyadh.

Mereka memaklumkan insiden itu berlaku kira-kira pukul 1 petang waktu tempatan.

Media tempatan melaporkan berlaku letupan dan beberapa video yang tersebar dalam media sosial menunjukkan pihak berkuasa negara ini memintas peluru berpandu yang memasuki ruang udara Riyadh.

Kejadian ini berlaku selepas pihak tentera Saudi berjaya memintas serangan peluru berpandu yang dipercayai dilancarkan oleh puak Houti dari Yaman,

Namun, kerajaan Arab Saudi sehingga kini tidak memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.