Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes Covid-19 masih parah, Kerajaan pertimbang ketatkan lagi SOP


Kerajaan sedang mempertimbangkan prosedur operasi piawai (SOP) lebih ketat untuk mengawal penularan Covid-19.

Kerajaan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperhalusi dan menilai tindakan segera yang perlu diambil.

“Ini termasuk pertimbangkan SOP yang lebih ketat dilaksanakan terutama di sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan.

“Insya-Allah satu pengumuman akan dibuat yang amat berhormat perdana menteri dalam masa terdekat,” katanya.


Kes Covid-19 di Malaysia semalam telah melepasi angka lebih 3,000 kes buat pertama kalinya.

Menurut unjuran Kementerian Kesihatan, Malaysia akan merekodkan peningkatan kes sehingga 8,000 sehari pada akhir Mei, jika kadar jangkitan (R-naught atau kebolehjangkitan) terus berada pada tatap 1.1.

Hari ini lagi 2,643 kes baru dicatatkan hari ini berbanding 3,027 kes semalam. Pada Rabu lalu Malaysia merekodkan 2,593 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu sekali gus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini berada pada 25,140 kes manakala jumlah keseluruhan kes pada 131,108.


Daripada jumlah 2,643 kes baru itu, 1,666 kes membabitkan warganegara Malaysia (63 peratus) manakala 975 kes adalah bukan warganegara. Ini termasuk dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara

Perangkaan hari ini, menunjukkan Selangor kembali mendahului negeri-negeri lain dengan 1,086 kes atau 41.1 peratus daripada jumlah kes hari ini. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 401 kes (15.2 peratus) dan Johor sebanyak 298 kes (11.3 peratus).

Negeri-negeri lain adalah seperti berikut:- Kuala Lumpur (282), Kedah (107), Negeri Sembilan (88), Perak (80), Pulau Pinang (75), Melaka (70), Kelantan (49), Terengganu (34), Pahang (28), Putrajaya (20), Sarawak (16), Labuan (6) dan Perlis (3).

Ini menjadikan semua negeri kini mempunyai kes.