Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Seorang bayi dilapor dilahirkan dengan antibodi Covid-19


GLOBAL l Seorang bayi dilahirkan dengan antibodi Covid-19 di Singapura.

Bayi lelaki yang dinamakan Aldrin Zaccheus Chan, dilahirkan pada 7 Nov oleh ibunya, Celine Ng-Chan yang pernah terkena jangkitan Covid-19 pada Mac lalu selepas pulang daripada lawatan ke Eropah.

Ketika dijangkiti, dia mengandung sepuluh minggu, dan ditahan di hospital selama lebih dua minggu.

“Ia sangat menarik. Doktor pediatrik beritahu antibodi Covid-19 saya dah tak ada, tapi Aldrin ada antibodi Covid-19.



Celine Ng-Chan bersama bayinya yang baru dilahiran


“Doktor syak saya pindahkan antibodi Covid-19 saya kepadanya semasa mengandungkannya,” katanya seperti dipetik akhbar Straits Times, Singapura.

Bagaimanapun, menurut pengerusi obstetrik dan ginekologi di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Kandang Kerbau (KKH), Profesor Madya Tan Hak Koon berkata tahap perlindungan dalam kalangan bayi yang dilahirkan dengan antibodi itu masih tidak diketahui.

Profesor Madya Tan Hak Koon




“Bagaimanapun, adalah tidak diketahui sama ada kewujudan antibodi ini dalam bayi yang baru lahir ada memberikan tahap perlindungan daripada jangkitan Covid-19, apatah lagi tempoh perlindungan,” katanya dipetik akhbar sama dalam laporan berbeza.

KKH dan National University Hospital (NUH) turut terlibat dalam kajian membabitkan hospital-hospital awam di Singpura untuk menyiasat kesan Covid-19 terhadap ibu mengandung dan bayi mereka. Ng-Chan dan anaknya turut serta dalam kajian berkenaan. 

-MalaysiaKini