Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bersatu perlu terima hakikat, UMNO paling dominan


Menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Umno, parti itu mesti menjadi entiti yang dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan.

Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan berkata ia adalah hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak.

Jelas menyasarkan kenyataan tersebut kepada Bersatu, Shahril berkata, isu dominan memang mudah diucapkan oleh sesebuah parti yang melahirkan dua perdana menteri walaupun memiliki kerusi yang kecil di parlimen.


“Bagi Umno jelas, apa pun formula akhir menjelang PRU ke-15, Umno mesti dominan. Jika tidak terima hakikat itu, game over (tamat) dan no deal (tiada persefahaman),” katanya di Facebook.

Kenyataan Shahril itu dibuat dengan diiringi laporan berita membabitkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah, yang menyatakan pandangannya agar ahli politik tidak terikut-ikut kerangka politik lama.

Saifuddin - yang menjadi ahli parlimen Indera Mahkota sebagai wakil PKR sebelum berpindah ke Bersatu - dilaporkan berkata, ahli politik perlu bersikap terbuka dan isu dominan tidak harus timbul dalam gabungan parti Melayu.


Kenyataan Shahril itu hadir tidak lama selepas Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, menegaskan parti Melayu yang dominan wujud sejak lama dulu dan ia penting bagi memastikan kestabilan politik negara.

Khaled juga secara jelas menempelak Bersatu apabila menyifatkan kekuatan Umno dan PAS mencukupi untuk memenangi PRU.

Kata Shahril, kenyatannya itu bukanlah bermaksud Umno sempurna dan telah menyelesaikan semua masalah, atau parti itu tidak memerlukan bantuan pihak lain hingga “perasan” boleh memenangi PRU dengan hanya sokongan ahli mereka semata-mata.

“Tidak,” katanya.


Tambahnya, meskipun ahli Umno menghormati Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan membantu kerajaan yang dipimpinnya, isu dominan akan timbul dan tetap timbul.

Justeru katanya tidak timbul istilah apologetik dalam kalangan ahli Umno berkenaan hal itu.

“UMNO mesti dominan. 

"Apa maksud terjemahan dominasi dan apa strategi ke arah itu khususnya dalam konteks PRU ke-15, pimpinan akan bincang dan tetapkan, selain apa dinyatakan sebelum ini misalnya kerusi yang dimenangi Umno kekal Umno,” 

"Jika ada pihak luar UMNO yang berkehendakkan kerjasama yang realistik, selain menerima hakikat tertentu, barangkali boleh hentikan kenyataan-kenyataan yang menyusahkan diri sendiri. Contoh, jika mahu mengulas soal dapat dua Perdana Menteri meskipun setahun jagung, mungkin ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih kepada kawan, bukan mendabik dada menyakat orang."katanya lagi.

-MalaysiaKini

UMNO AKAN DOMINAN Ada figura mengatakan bahawa tidak timbul parti mana dominan dalam gabungan politik parti...

Posted by Shahril Sufian Hamdan on Monday, 30 November 2020