Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun M tak puas hati penjawat awam Gred 56 ke bawah diberikan bantuan

Gambar: Bernama

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertikaikan kewajaran kerajaan memberikan bantuan wang tunai secara one off kepada penjawat awam dari Gred 56 ke bawah pada awal tahun depan menerusi Belanjawan 2021.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana penjawat awam masih lagi menerima gaji penuh seperti biasa dan tidak dibuang kerja.

“Kita dapat kerajaan dengan mudahnya melanjutkan ‘lock down’ (perintah berkurung) dan menjejaskan pemulihan ekonomi serta menekan rakyat yang miskin sehingga ada yang kehilangan pekerjaan sama sekali.


“Mereka tidak dapat makan sebaliknya ramai orang bergaji terus mendapat gaji penuh dan biasanya gaji kebanyakan mereka lebih tinggi daripada menampung keperluan hidup.

“Kerajaan pula akan menambah RM500 lagi sekali gus kepada mereka. Apa perlunya kerajaan menambah pendapatan mereka apabila gaji mereka lebih daripada mencukupi membiayai keperluan hidup mereka?” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 Belanjawan 2021 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.


Tambah Mahathir, kerajaan sepatutnya memberikan bantuan sekali bayar berkenaan kepada mereka yang hilang pekerjaan dan hilang pendapatan sama sekali kerana mereka tidak mendapat membiayai kos pembelian makanan harian mereka.

“Tindakan itu perlu kerana ada ramai yang tiada pendapatan sama sekali kerana tiada pekerjaan atau tidak dapat berniaga lagi dan keadaan itu menyebabkan keluarga mereka akan turut menderita,” katanya. 

Sementara itu, Mahathir turut menyatakan kesediaan beliau bagi memotong 10 peratus daripada pendapatan pencennya bagi mengurangkan beban kerajaan ketika ini.



“Saya sudah nyatakan bahawa saya bersedia untuk potong pencen yang diperolehi sebanyak 10 peratus. Tapi untuk menteri saya kata kalau tidak boleh 30 peratus, 10 peratus pun boleh.

“Pemotongan tersebut tidak akan menyebabkan mereka kebuluran,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini. – Kosmo