Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tindakan undang-undang ke atas kilang di Ipoh jika benar dakwaan rasisme -Menteri


Kementerian Sumber Manusia sedang menyiasat dakwaan rasisme di sebuah kilang di Ipoh, Perak, susulan dakwaan seorang pekerjanya yang meninggal dunia penuh dramatik minggu lalu.

"Saya memberi jaminan jika didapati bersalah pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang,” kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan dalam sidang media di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes 6 November lalu apabila pengurus 52 tahun yang diberhentikan kerja memandu kereta dan merempuh pejabatnya.


Dia juga dilapor melemparkan bom petrol.

Lelaki itu kemudian meninggal dunia dilanggar sebuah lori ketika dia melarikan diri dari tempat kejadian dengan berjalan kaki.

Berdasarkan siasatan awal polis ke atas saksi awam, suspek dikatakan sengaja melintas jalan sehingga dilanggar lori tersebut.

Sebelum itu, dia dikatakan menyiarkan video 14 minit di YouTube, mendakwa berdepan tekanan kerja dan menjadi mangsa diskriminasi perkauman.


Mendiang juga menunjukkan dua salinan laporan polis yang pernah dibuat olehnya terhadap syarikat.

Bekas menteri sumber manusia, M Kulasegaran sebelum ini dakwaan diskrimasi kaum itu disiasat.

Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang, perlu ada pendekatan baru berurusan dengan pekerja yang telah atau akan kehilangan mata pencarian.

LAPORAN AWAL KES BUNUH DIRI DI KILANG FINISAR. DUGAAN KEHILANGAN PEKERJAAN Maklumat awal kemalangan maut pengurus...

Posted by KES Jenayah on Thursday, 5 November 2020