Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Saya masih sayang Tun Mahathir -Azmin


Meskipun berbeza pandangan ekoran penubuhan Perikatan Nasional (PN), Menteri Kanan Azmin Ali berkata, dia masih melihat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai tokoh yang disegani dan dihormati.

“Saya masih ada rasa hormat, sayang kepada Dr Mahathir. Dia adalah tokoh negarawan kita.

“Saya mungkin tidak setuju dengan langkahnya meletakkan jawatan pada 24 Februari lalu tanpa memberitahu kami terlebih dahulu,” katanya dalam satu wawancara khas dengan portal The Star.


Tambahnya, keputusan mendadak Mahathir itu mengagalkan rancangan untuknya memimpin sebuah kerajaan perpaduan dengan sokongan 131 ahli parlimen, memaksa Muhyiddin menggantikan tempatnya.

“Saya rasa kita patut biarkan Muhyiddin tadbir, terutama ketika berlaku wabak. Saya rasa dia telah melakukan tugas yang baik- sangat fokus menguruskan isu berkenaan wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi,” katanya yang juga merupakan anggota parlimen Gombak.

Azmin mendedahkan bahawa idea Perikatan Nasional (PN) datang dari Mahathir untuk memastikan dia menjadi perdana menteri yang disokong anggota parlimen dari kedua-dua belah pihak.

Katanya, pilihan raya sepatutnya diadakan bulan lalu namun disebabkan gelombang ketiga wabak Covid-19, ia tidak dapat dilakukan. -MalaysiaKini