Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kit Siang tak puas hati Najib dilantik sebagai Pengerusi Kelab BNBBC


CYBERJAYA: Lim Kit Siang hari ini menyelar pelantikan bekas Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC).

Menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, meminta Parlimen agar tidak mengiktiraf perlantikan tersebut. Tambahnya lagi, pelantikan Najib membuktikan integriti dan agenda anti-rasuah adalah prinsip yang sangat jauh daripada UMNO, MCA dan MIC.

“Pelantikan ini sangat mengejutkan dan memalukan dibuat selepas pendakwaan dan penjatuhan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta berkaitan kes SRC bernilai RM42 juta,


“Parlimen tidak sepatutnya iktikraf pelantikan Najib sebagai pengerusi BNBBC memandangkan perkara ini akan memalukan negara kita,” kata Kit Siang dilaman facebooknya.

Dalam pada itu, sebagai pengerusi BNBBC, Najib berperanan menentukan hala tuju perbahasan dengan mengatur pembahasan dan perkara yang mereka bangkitkan berserta susunan pembahas.

“BN mempunyai 43 ahli parlimen, dan 20 daripada mereka memegang jawatan dalam kerajaan dan GLC,




“Baki 23 ahli Parlimen BN akan menentukan perbahasan Belanjawan 2021 dimana mengangkat suara dan permintaan parti UMNO,” jelasnya lagi.

Kit Siang juga berkata, Najib yang dianggap “M01” oleh kerajaan Amerika Syarikat adalah suspek utama bagi kes skandal 1MDB.

“Kita menantikan pemulangan semula AS$4.5 bilion yang dialihkan secara haram daripada 1MDB daripada kerajaan Amerika Syarikat, dan kita sudah menerima AS$620 juta setakat ini,

“Pelantikan ini bertentangan dengan prinsip “membawa keadilan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

-Suara.tv