Isu berita "Pekan khianat pada rakyat", MalaysiaKini mohon maaf pada Shahidan



Semalam, Malaysiakini dan beberapa lagi media terkhilaf dengan melaporkan Shahidan menyifatkan siapa sahaja yang menolak Belanjawan 2021, termasuk “kawasan saya dari Pekan (Najib)”, sebagai “khianat rakyat”.

Untuk rekod, hansard parlimen menunjukkan anggota parlimen Arau Shahidan Kassim tidak menyebut bekas perdana menteri Najib Razak dianggap khianat rakyat jika menolak Belanjawan 2021.

Shahidan sebaliknya merujuk kepada bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad.


Berikut apa yang disebut Shahidan:

"Sesiapa sahaja yang menolak bajet ini termasuk kawan saya bekas menteri kesihatan, tolak bajet, khianat rakyat sebabnya rakyat sedang menunggu."

Shahidan berkata demikian ketika Dzulkefly beberapa kali cuba mencelah perbahasannya di parlimen semalam.

MalaysiaKini telah memohon maaf kepada Shahidan di atas kekhilafan mereka mengenai perkara tersebut di dalam artikel terbaru mereka.



Shahidan turut memperjelaskan perkara itu di media sosialnya.

“Saya sebut bekas menteri kesihatan bukan Pekan menteri kesihatan. Sebutan orang utara bekaih@bekas. Mereka sudah mainkan cerita konon saya sebut Pekan,” katanya.

Dato Seri Najib Razak juga telah kongsi posting Shahidan di Facebooknya.

-TunCarlos.com



Join our Telegram Channel
Telegram


Isu berita "Pekan khianat pada rakyat", MalaysiaKini mohon maaf pada Shahidan Isu berita "Pekan khianat pada rakyat", MalaysiaKini mohon maaf pada Shahidan Reviewed by Tun Carlos on November 20, 2020 Rating: 5

5 comments:

  1. Saman MK ni, MK ni banyak menipu dan pro DAP.

    ReplyDelete
  2. Saman malaysia kini. Senang je buat salah dgn sengaja pastu mintak maaf

    ReplyDelete
  3. Producer of news can't be trusted

    ReplyDelete
  4. kalau ye pun sebutan tu biarlah JELAS dan GUNAKAN BAHASA STANDARD jangan la mengeluur dan mengelabah dengan sebutan mcm kat KAMPUNG .... kalau gila sgt nak mengunakakan BAHASA KAMPUNG ko berambos la pegi dok kat kampung ... ko ingat mak bapak ko punya tempat dan expect semua orang PAHAM bahasa ko

    ReplyDelete
  5. Excellent read, Positive site, where did u come up with the information on this posting?I have read a few of the articles on your website now, and I really like your style. Thanks a million and please keep up the effective work. VIDEOPRODUKCIJA

    ReplyDelete

Powered by Blogger.