Idea "cetak wang" Timbalan Menteri hanya akan parahkan lagi ekonomi negara

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal 

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) PNB, Jalil Rasheed menolak idea supaya mencetak wang untuk membantu merancakkan ekonomi.

Ini susulan cadangan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada rakyat untuk dibelanjakan.

Bercakap di radio BFM pada Isnin lalu, timbalan menteri itu berkata, ini boleh dilakukan dengan melupuskan hutang untuk membantu rakyat.

Jalil Rasheed


Katanya, ini boleh dilaksanakan menerusi dasar kewangan “wang helikopter” dengan bank pusat secara langsung mencetak wang dan memberikannya kepada rakyat supaya mereka dapat membelanjakannya.

Malah katanya, ini adalah beberapa langkah yang boleh dilaksanakan, dan negara memerlukan dasar inovatif dari bank pusat.

Wang helikopter merujuk kepada dasar mencetak sejumlah besar wang baru untuk diedarkan di kalangan rakyat, untuk merangsang ekonomi semasa kemelesetan.

Walau bagaimanapun, Jalil tidak bersetuju dan berpendapat bahawa dasar seumpama itu tidak akan berjaya.


"Mencetak wang bukan penyelesaian buat Malaysia. Ia menurunkan nilai mata wang - sekarang pun ringgit sudah cukup lemah - apabila terlalu banyak sedang beredar.

"Ini seperti membahagikan kek dari 10 keping menjadi 20 keping. Bahagian anda menjadi lebih kecil," ciapnya di Twitter malam tadi - tanpa membuat sebarang sebutan mengenai Wan Fayhsal.

Jalil berkata, dasar seperti itu mungkin hanya dapat dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS).

Ini kerana mata wang dolar digunakan untuk perdagangan antarabangsa, dan lebih banyak wang yang beredar masih akan mendapat permintaan tinggi.

Negara-negara yang mengamalkan dasar wang helikopter telah menyaksikan inflasi melampau seperti di Zimbabwe dan Venezuela. – Mkini




Join our Telegram Channel
Telegram


Idea "cetak wang" Timbalan Menteri hanya akan parahkan lagi ekonomi negara Idea "cetak wang" Timbalan Menteri hanya akan parahkan lagi ekonomi negara Reviewed by Tun Carlos on November 18, 2020 Rating: 5

1 comment:

  1. Ketua Armada ni mmg bodoh.Idea dia semua tk boleh pakai.Dah lah bodoh,sombong plk tu.Baru dpt merasa ada kuasa,perangai dah mcm sial

    ReplyDelete

Powered by Blogger.