Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Air Asia umum kerugian RM1.16 billion dalam tempoh 9 bulan


KUALA LUMPUR: Airasia X Bhd (AAX) mencatat kerugian bersih lebih tinggi kepada RM308.46 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2020 daripada RM229.89 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Penutupan pintu sempadan antarabangsa berikutan pandemik COVID-19 telah mengheret pendapatan AAX jatuh 94 peratus kepada RM59.91 juta bagu suku di bawah kajian daripada RM1.01 bilion sebelumnya.

Untuk tempoh kumulatif sembilan bulan, kerugian bersih AAX melonjak kepada RM1.16 bilion berbanding RM393.67 juta manakala pendapatan merosot kepada RM1.08 bilion daripada RM3.20 bilion sebelumnya, kata syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.


Pada 6 Oktober lepas, AAX mengumumkan cadangan skim penstrukturan hutang untuk menyusun semula hutang RM63.5 bilion menjadikannya jumlah prinsipal sebanyak RM200 juta, ia perlu dibayar setiap tahun dalam tempoh sehingga lima tahun.

"Pelaksanaan skim ini sedang berlangsung dan kejayaan skim ini sangat penting supaya AAX mampu mengumpulkan dana baharu, sama ada sebagai hutang atau ekuiti," katanya.

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia hari ini, Mercury Securities Sdn Bhd, bagi pihak Lembaga Pengarah syarikat penerbangan itu mengumumkan bahawa Bursa Malaysia Securities menerusi suratnya bertarikh hari ini, memutuskan untuk memberi AAX lanjutan masa sehingga 6 Jan 2021, bagi mengemukakan permohonan cadangan penggabungan saham serta draf pekeliling kepada pemegang saham AAX berkaitan dengan cadangan tersebut.

Di bawah penyusunan semula korporatnya telah dirancang, AAX telah mencadangkan penggabungan bagi setiap 10 saham biasa sedia ada dalam AAX menjadikannya kepada satu saham AAX.

-- BERNAMA