Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

RM241 juta tak cukup, Pulau Pinang mahu RM1 Billion dari Putrajaya

Ketua Menteri Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow meminta Putrajaya memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1 bilion kepada negeri itu setiap tahun, berdasarkan dakwaan sumbangannya kepada ekonomi negara.

Untuk rekod, Putrajaya telah memberi dana persekutuan sebanyak RM241 juta tahun ini kepada negeri Pulau Pinang. Ia terdiri daripada sumbangan per kapita tahunan berdasarkan jumlah penduduk, pemberian bantuan Covid-19 RM15.1 juta, dan dana pembaikan jalan, antara lain.

Memetik kenyataan Kon Yew, sumbangan negeri itu pada tahun lalu adalah sebanyak RM94.7 bilion, atau 6.7% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), Chow berkata sebagai penyumbang ke-4 tertinggi dalam negara, kerajaan persekutuan mesti memberi ganjaran yang adil kepada Pulau Pinang.


Menurut Laporan Prestasi Ekonomi Pulau Pinang 2019 oleh Jabatan Perangkaan, sebahagian besar daripada RM94.7 bilion datang dari sektor perkhidmatan (RM48.7 bilion) dan pembuatan (RM40.5 bilion), dengan pembinaan (RM2.6 bilion), pertanian (RM2.1 bilion) dan perlombongan (RM200 juta) antara penyumbang lain.

“Walaupun kami menghargai dana persekutuan yang diterima, peruntukannya tidak sebanyak yang kami berikan kepada negara,” katanya dalam ucapan penggulungannya di DUN hari ini.

Chow turut menekankan perbezaan dana diterima oleh negeri itu, dengan menyatakan Universiti Sains Malaysia (USM) sahaja menerima peruntukan RM525 juta tahun lalu, berbanding RM195.1 juta diberikan kepada kerajaan negeri dalam geran tahunan persekutuan antara 2017 dan Jun 2018.


“Juga, daripada RM6.78 bilion geran diberikan pada 2016, Pulau Pinang hanya menerima 3.18% berbanding 13 negeri lain,” katanya.

Chow berkata, Pulau Pinang meminta dana persekutuan sebanyak RM10 bilion untuk membina laluan Transit Aliran Ringan (LRT) pertamanya untuk mengurangkan lalu lintas tetapi ditolak.

Beliau berkata, Pulau Pinang memohon dana melalui Rancangan Malaysia ke-12 untuk projek LRT Bayan Lepas, namun kementerian pengangkutan mengatakan “tidak” dalam surat bertarikh 17 Jun.

-FMT