Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PM baru selesai mengadap Agong, jumpa Peguam Negara esok



CYBERJAYA- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak akan membuat sebarang pengumuman hasil mesyuarat khas kabinet atau perjumpaan beliau dengan Yang Di Pertuan Agong malam ini.

Muhyiddin yang baharu menamatkan perbincangan selama dua jam dengan Agong kini dalam perjalan pulang ke Putrajaya dari Kuantan, Pahang.

Muhyiddin yang dilihat masuk ke istana berkenaan pada 4.40 petang, dilihat keluar pada 7. 10 malam ini tanpa memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media yang berada di kawasan pintu pagar masuk istana.


Difahamkan Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara sebelum membuat apa-apa pengumuman esok.

Kami sebelum ini melaporkan Mesyuarat Khas Kabinet  pagi tadi akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan ‘Darurat Politik‘ kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang. 

– SuaraTV