Najib persoal kenapa Kerajaan Muhyiddin perlu jual FGV kepada Syed Mokhtar


ULASAN NAJIB RAZAK: Minggu lepas, syarikat FGV Berhad terima notis daripada syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar untuk menjadi pemilik saham terbesar FGV.

Kaedah ini ialah dengan FGV membeli syarikat Tradewinds milik Syed Mokhtar dengan bayaran dalam bentuk saham FGV.

Dengan ini, Syed Mokhtar akan menjadi pemilik saham terbesar FGV.

Minggu lepas, lembaga pengarah FGV telah umumkan hasrat mereka untuk pertimbangkan tawaran Tan Sri.

"15 Okt 2020: Syarikat Syed Mokhtar Albukhary minat jadi pemegang saham utama FGV"





Usaha Syed Mokhtar membeli FGV sebenarnya telah dimulakan pada zaman PM7 gagalkrasi PH.

Kata Dr Mahathir masa itu, beliau tidak melihat penjualan FGV kepada pihak lain sebagai satu masalah jika ia boleh mendatangkan keuntungan kepada kerajaan.

“Kalau serah (kepada pihak lain) saya bantahlah, tetapi kalau jual dapat duit banyak kepada kerajaan, kerajaan nak cari duit. 

“Apa yang boleh jual, kita jual lah, tinggal kita tidak jual Malaysia sahaja,” tambahnya.

“Soal jualan harta tanah, harta kerajaan memang kita buat selalu. Pasal kita ada banyak tanah dan kita sendiri tak dapat nak bangunkan.

“Dia (FGV) rugi, berjuta (ringgit). Kalau nak jual syarikat rugi, hak milik kerajaan pun, jual lah,” kata Mahathir.

"8 Dis 2019: Kerajaan tak tolak kemungkinan jual FGV kepada Syed Mokhtar"


Walau nilai saham turun, FGV tak pernah rugi di zaman Najib

Biarpun harga saham FGV turun dari RM4.55 semasa ianya disenaraikan pada tahun 2012 ke RM2.00 pada awal tahun 2018 setelah harga sawit dunia turun dari kemuncaknya masa ianya disenarai tapi FGV tak pernah rugi sebelum PH menang PRU14.

Sepanjang tempoh itu, FGV tetap untung dan tetap membayar dividen tahunan kepada FELDA serta menanggung kos penanaman semula sebanyak RM300 juta atas tanah FELDA yang disewa.

Tapi selepas PH ambil alih, FGV terus rugi setiap tahun sehingga kini setelah banyak menjual asset FGV termasuk perniagaan mereka di China.



Secara am, saya tak membantah cadangan Lembaga Pengarah FGV dan kerajaan untuk pertimbangkan tawaran Syed Mokhtar.

Cuma saya nak utarakan dua perkara:

1. Harga sawit dunia pada masa kini sudah memulih dan kini mencecah RM3,100 satu tan - iaitu sama harga dengan masa FGV disenaraikan pada tahun 2012.  

Adakah masa ini paling sesuai untuk FGV dijual kepada pihak ketiga ketika harga saham FGV masih rendah pada harga RM1.00 sahaja dan FGV kini diambang kembali mencatat keuntungan?

2. FGV merupakan pemilik syarikat gula terbesar negara MSM manakala Tradewinds milik Syed Mokhtar adalah pemilik syarikat gula kedua terbesar negara CSR.

Kedua-dua syarikat ini menguasai 90% pasaran gula Malaysia.

Adakah pembelian ini akan mewujudkan satu monopoli yang bakal menaikkan harga gula dan akhirnya merugikan pengguna?

Minggu lepas, syarikat FGV Berhad terima notis daripada syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar untuk menjadi pemilik saham...

Posted by Najib Razak on Friday, 23 October 2020

Join our Telegram Channel
Telegram


Najib persoal kenapa Kerajaan Muhyiddin perlu jual FGV kepada Syed Mokhtar Najib persoal kenapa Kerajaan Muhyiddin perlu jual FGV kepada Syed Mokhtar Reviewed by Tun Carlos on October 24, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.