Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mayat lelaki dijumpai dekat jejantas Lebuhraya Kajang SILK


Pada 28/10/2020 jam lebih kurang 0838 hrs, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima panggilan dari orang awam tentang penemuan satu mayat di kawasan semak samun bersebelahan jejantas E18 Lebuhraya Kajang SILK. 

Menurut saksi, secara kebetulan terlihat mayat tersebut dari atas jejantas sebelum terus menghubungi pihak polis.

Pemeriksaan pihak Polis bersama pihak Forensik Bukit Aman dapati, mayat satu lelaki berbangsa tidak pasti dalam keadaan tertiarap di atas tanah lengkap berpakaian t-hsirt dan seluar jeans berwarna hitam tanpa sebarang kesan kecederaan fizikal. 


Gambar kiriman pengguna twitter

Simati dipercayai telah meninggal dunia lebih dari sehari berdasarkan tubuh badan yang mula mereput. Indentiti simati masih belum dikenalpasti. 

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Kajang bagi tujuan postmortem. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian penemuan mayat, boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp Mu'az Mazlan di talian 017-9788804.

-FB Polis Daerah Kajang