Keputusan Muhyiddin istihar DARURAT akan musnahkan ekonomi negara -Ku Li



CYBERJAYA: Pengisytiharan darurat akan memburukkan lagi ekonomi Malaysia yang sudah teruk, kata Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleig Hamzah.

Veteran UMNO itu menjelaskan, beliau bukan mempersoalkan hak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon pengisytiharan itu daripada Yang di-Pertuan Agong.

Namun, ahli parlimen Gua Musang itu berpandangan tidak ada “alasan jujur” untuk kerajaan memohon pengisytiharan darurat itu.

“Sekiranya perdana menteri berjaya melaksanakan perintah darurat yang dicadangkan sebagai seorang ahli ekonomi dan bekas menteri kewangan, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri (dan bekas pengerusi Bank Dunia dan IMF, saya boleh tegaskan ia boleh memburukkan lagi keadaan ekonomi kita yang sudah teruk.


“Pelabur tempatan dan luar akan menghindari kita sepenuhnya. Keyakinan perniagaan akan musnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Razaleigh juga menjelaskan beliau ada alasan untuk percaya bahawa perdana menteri dan jemaah menterinya sudah tidak lagi mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.

“Inisiatif saya bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak harus dilihat sebagai untuk kepentingan diri saya atau saya ada minat untuk jawatan perdana menteri, tetapi untuk mempertahankan prinsip sistem parlimen kita,” katanya.

Sebelum ini, pejabat Tengku Razaleigh mendedahkan surat tokoh itu dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta usul tidak percaya terhadap perdana menteri diberi keutamaan pada sidang akan datang. -Suara.tv



Join our Telegram Channel
Telegram


Keputusan Muhyiddin istihar DARURAT akan musnahkan ekonomi negara -Ku Li Keputusan Muhyiddin istihar DARURAT akan musnahkan ekonomi negara -Ku Li Reviewed by Tun Carlos on October 24, 2020 Rating: 5

3 comments:

  1. Kuali ni terlalu banyak cakap.. sebagai org tua patutnya diam je dan duduk belakang.. jangan nak menyibuk hal org yg lebih muda.. banyak bunyi pun bukan ada kebaikan utk dia.. takut terkena terajang karang meninggal terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tua bkn sbrg tua,dia byk pengalaman dlm kerajaan dn dia jgk org politik yg paling lama jd MP.Cakap bkn sebrg cakap,silap cakap buruk padahnya.Kau ni pandai cakap je,hasil xde pn untuk negara

      Delete
  2. Krisis politik dan Covid19 leboh memburukkan ekonomi. Darurat politik dapat stabilkan negara dari perebutan kuasa yg tak sudah. Abaikan kuali ni sbb dia pun mungkin dikatakan teringin ..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.