Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenyataan Tun Mahathir tak berfaedah untuk agama Islam dan negara kita -Najib



ULASAN NAJIB: 

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh.

Perlu adil kepada Tun Mahathir juga.



Tapi Tun Mahathir juga ada membuat beberapa point dalam kenyataan dia yang kurang berfaedah untuk Agama dan Negara kita.

Dia tuduh negara-negara barat tak beragama atau pura-pura beragama.

Dia pertikaikan dan memperlekehkan hak-hak wanita termasuk menggunakan ungkapan "most secret place" serta hak wanita untuk mengundi.


Dia kata orang Islam ada hak untuk membunuh berjuta-juta warga Perancis apabila orang Islam marah - seolah-olah Islam adalah agama keganasan.

Kenyataan-kenyataan di atas kurang berfaedah untuk Agama Islam dan Malaysia sebab Islam Agama Kedamaian, negara kita menghormati hak-hak wanita dan kita sentiasa cuba menjaga hubungan yang baik antara negara dalam dunia.

Bila kita rasa pemimpin-pemimpin negara lain salah, kita tegur dan kecam dengan cara baik. 

Fokus pada individu. Bukan serang seluruh negara dan bangsa mereka.

Kita tak patut perlekehkan negara-negara lain demi mencari gaduh.


Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan...

Posted by Najib Razak on Thursday, 29 October 2020