Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Elliot Broidy mengaku bersalah melobi Donald Trump gugurkan siasatan ke atas Jho Low


WASHINGTON- Bekas pengumpul dana bagi Presiden Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah semalam atas pertuduhan melobi Donald Trump secara haram bagi menggugurkan siasatan berhubung skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan Berita Harian, dalam sesi perbicaraan di hadapan Hakim Persekutuan Washington, Colleen Kollar-Kotelly, Elliott Broidy, yang memegang jawatan berkaitan kewangan dalam kempen Trump pada 2016 mengaku bersalah atas tuduhan bahawa dia bersekongkol untuk melanggar Akta Pendaftaran Ejen Asing (FARA).

Broidy didakwa menerima jutaan dolar daripada warga asing yang tidak didedahkan identitinya bertujuan memastikan siasatan mengenai 1MDB oleh AS bernilai berbilion ringgit ditamatkan.

FARA mengkehendaki mana mana individu yang melobi kerajaan AS bagi entiti asing supaya berdaftar dengan Jabatan Kehakiman.


Bagaimanapun, Broidy mengakui tidak pernah berdaftar bagi tujuan itu.

Tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun dan bersetuju untuk dikenakan penalti sebanyak AS$6.6 juta (RM27.3 juta).

Hakim bagaimanapun tidak menjatuhkan hukuman segera ke atas Broidy, sebaliknya sesi pendengaran akan bermula Februari nanti.

Katanya, dengan kebenaran mahkamah, Broidy turut dibenarkan mengembara luar dari AS dengan kelulusan pegawai perkhidmatan pra perbicaraan.

Sementara itu, pihak berkuasa AS dan Malaysia menganggarkan sebanyak AS$4.5 bilion (RM18.67 bilion) penyelewengan dari dana bantuan kerajaan Malaysia itu.

Untuk rekod, Broidy dilantik pada 2017 oleh pelabur asing dipercayai Low Taek Jho (Jho Low) untuk mendesak wakil AS bagi menghentikan siasatan terhadap skandal 1MDB.

-Suara.tv