Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dato' Rizalman ganti Vivy Yusof sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM baru


CYBERJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) hari ini mengumumkan pelantikan alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dato’ Rizalman Ibrahim sebagai Ahli Lembaga Pengarah baru universiti itu.

Pelantikan itu diumumkan Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad sebentar tadi.

“Tahniah kepada Dato’ Rizalman Ibrahim atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.



“Berdasarkan pengalaman yang ada, saya yakin Dato’ Rizalman mampu menyumbang kepakaran dan khidmat bakti terutamanya dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Rizalman yang juga pereka fesyen merupakan graduan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka UiTM dalam jurusan fesyen pada 1989 – 1993.


Ketika menuntut di UiTM, beliau pernah menyandang anugerah Pelajar Terbaik Kajian (jurusan dan Fakulti) serta Pelajar Terbaik Diploma Seni Lukis dan Seni Reka.

Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM itu sebelum ini pernah disandang usahawan muda Vivy Yusof yang ditamatkan kontrak pada 28 September lalu.

Sementara itu, Rizalman menerusi status di Instagramnya berjanji akan memanfaatkan pelantikan itu untuk menabur bakti sebaik mungkin.

“Saya berjanji selagi hayat terkandung sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT, saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat,” katanya. – SuaraTV