Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tanda cinta, lelaki Pakistan beli tanah di bulan sebagai hadiah perkahwinan buat isteri


PAKISTAN: Seorang lelaki dilaporkan telah membeli tanah seluas satu ekar di bulan untuk isterinya sebagai hadiah perkahwinan.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Sohaib Ahmed yang berusia 23 tahun menetap di Rawalpindi, Pakistan.

Menurut portal Dialogue lagi, banyak pihak berfikir bahawa tidak mungkin untuk membeli tanah di bulan, namun pembelian ini benar-benar terjadi dalam kalangan penduduk sedunia sekarang.



Seseorang itu boleh membeli tanah di bulan melalui Lunar Settlement Initiative (LSI).

Setiap pembelian tersebut akan mendapat dokumen yang dikeluarkan oleh ‘Sea of Vapours’, sebagai perjanjian agar tanah yang dibeli itu akan kekal dan dapat didiami.

Laman web LSI

Selain daripada Sohaib Ahmed, terdapat individu lain yang sudah membeli tanah di bulan iaitu seorang pelakon Bollywood yang dikenali sebagai Sushant Singh.

Menurut laporan berita dari Pakistan itu, Shohaib membeli tanah seluas satu ekar di bulan dengan harga $45 (RM186) melalui Lunar Settlement Initiative (LSI).

-SiakapKeli