Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Taktik keji terbongkar, kilang kitar semula kondom yang telah diguna kini diserbu polis


HO CHI MINH: Polis Vietnam menyerbu sebuah kilang yang mengitar semula kondom terpakai di Selatan Bandar Ho Chi Minh.

Serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat daripada penduduk tempatan.

Polis menemui lebih 320,000 kondom terpakai di mana ia telah dibungkus semula dan dijual di pasaran.

Susulan itu, polis menahan seorang wanita yang juga pemilik kilang, berusia 34 tahun.



Wanita itu mengaku telah membeli kondom terpakai berkenaan dengan seorang lelaki di daerah tersebut.



Kondom yang sudah dipakai itu kemudian dicuci, dibentuk dan dibungkus semula di dalam plastik.

Media tempatan turut melaporkan, polis sedang memburu individu lain yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Dalam pada itu, pegawai kesihatan memaklumkan, penggunaan kondom terpakai boleh memberi risiko kesihatan kepada pengguna.

Di Vietnam dilaporkan banyak kondom tiruan dijual dengan begitu banyak sekali.

-Astro Awani






Di Vietnam terdapat mesin dispenser untuk kondom