Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Covid-19: Kes baru di Sabah hampir cecah 3 angka hari ini


Kes jangkitan Covid-19 di Malaysia kembali melonjak ke tiga angka dengan 111 kes baru direkodkan setakat 12 tengah hari tadi, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,687 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 858 kes," katanya pada satu kenyataan.

Daripada 111 kes baru itu, empat adalah kes import dan 107 kes penularan dalam negara.


Sabah terus mencatatkan kes baru tertinggi hampir mencecah 3 angka iaitu sebanyak 97 kes. Sebahagian besarnya daripada Kluster Bangau-Bangau dengan 74 kes.