Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Selebriti Hollywood boikot FB dan IG selama 24 jam


New York: Beberapa selebriti Hollywood akan memboikot Instagram (IG) atau Facebook (FB) selama 24 jam pada Rabu.

Sepanjang tempoh itu, mereka tidak akan memuat naik hantaran (posting) di media sosial berkenaan.

Ia bagi menyokong kempen 'Stop Hate for Profit' bagi memberi tekanan kepada FB dan IG untuk meningkatkan usaha mengekang penyebaran maklumat palsu dan berunsurkan kebencian.

Antara selebriti yang akan berbuat demikian termasuk Kim Kardashian, Leonardo DiCaprio, Sacha Baron Cohen, Katy Perry dan Michael B Jordan.



"Saya tidak boleh duduk berdiam diri sedangkan platform itu terus membenarkan penyebaran (elemen) kebencian, propaganda dan maklumat palsu - dilakukan oleh pihak yang mahu memecah-belahkan rakyat Amerika," kata Kardashian, yang mempunyai 188 juta pengikut di IG, menerusi satu hantaran di media sosial.

Pelakon, Kerry Washington, yang popular menerusi drama Scandal berkata: "Facebook dan media sosial boleh mengekang penyebaran elemen kebencian dan menggugat demokrasi."

FB berdepan dengan tekanan daripada pelbagai pihak untuk menguatkuasakan peraturan lebih ketat bagi membanteras diskriminasi, kebencian atau keganasan.



Syarikat itu berusaha untuk memadamkan akaun milik kumpulan pengganas dan berusaha untuk mengekang penyebaran maklumat palsu menjelang pemilihan presiden Amerika Syarikat, pada 3 November ini.

Kempen 'Stop Hate for Profit' antara lain turut menyaksikan pengiklan memboikot media sosial berkenaan.

Pada Julai, kira-kira 1,000 pengiklan termasuk VW dan Adidas menyertai kempen berkenaan.

Bagaimanapun, Facebook pada laporan kewangan suku tahun pada akhir Julai merekodkan keuntungan AS$5.2 bilion (kira-kira RM21.47 billion).

-MyMetro