Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRN Sabah meriah, 447 calon bertanding


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Sabah 26 Sept ini selepas tempoh penamaan berakhir 10 pagi tadi.

Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh berkata, daripada jumlah itu, 404 calon lelaki dan selebihnya ialah wanita.

Berikut senarai jumlah pencalonan untuk setiap parti:
  • Parti Cinta Sabah (PCS) = 73
  • Warisan = 53
  • Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) = 47
  • LDP = 46
  • Barisan Nasional = 41
  • Pakatan Nasional = 29
  • Parti Gagasan Rakyat Sabah = 28
  • Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) = 23
  • PBS = 22 
  • Upko = 12 
  • PKR = 7 
  • Parti Harapan Rakyat Sabah = 5 
  • Parti Kerjasama Anak Negeri= 2
  • Amanah = 1
  • Parti Kebangsaan Sabah (PKS) =1
  • Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah = 1
  • BEBAS = 56



“Sepanjang tempoh penamaan calon, hanya satu kertas penamaan ditolak atas sebab calon tidak layak bertanding kerana diisytihar bankrap,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ghani berkata, 56 calon bebas turut disahkan bertanding pada PRN Sabah.

Beliau berkata, DUN Bengkoka menyaksikan calon terbanyak bertanding, iaitu 11 penjuru diikuti Inanam dengan pertandingan 10 penjuru.



“Sebanyak 26 DUN akan menyaksikan pertandingan 6 penjuru, 15 DUN (5 penjuru), 13 DUN (7 penjuru), 6 DUN (8 penjuru), 5 DUN (4 penjuru) dan 3 DUN (3 penjuru).”

Katanya, calon termuda pada PRN Sabah kali ini berusia 22 tahun yang bertanding di Tandek, manakala calon tertua berumur 75 tahun di DUN Bugaya.

“Kita menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRN Sabah kali ini boleh mencecah kira-kira 75% dan keputusan pengiraan undi dijangka boleh diselesaikan sebelum 12 malam 26 Sept ini.”

-MalaysiaKini