Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Amal minum air kencing lembu setiap hari, Akshay Kumar dakwa banyak manfaat



New Delhi: Pelakon Bollywood, Akshay Kumar mendedahkan beliau minum air kencing lembu setiap hari.

Ia mengikut segelintir rakyat India yang percaya bahawa amalan itu mempunyai manfaat terhadap kesihatan - termasuk melawan Covid-19.

Kumar dianggap sebagai penyokong tegar parti nasionalis Hindu yang dipimpin Perdana Menteri Narendra Modi.

Kerajaan memperuntukkan jutaan dolar bagi penyelidikan produk berasaskan bahan buangan haiwan ternakan untuk merawat penyakit seperti kencing manis dan kanser.



Tiada bukti saintifik komprehensif bagi menyokong perkara itu, tetapi beberapa ahli politik daripada parti Modi mengesyorkan penggunaan najis dan air kencing lembu untuk melawan koronavirus.

Aktor berusia 53 tahun itu juga ketika tampil dalam rancangan pengembara British, Bear Grylls turut mempromosikan amalan itu apabila mereka minum teh dibuat daripada najis gajah di kawasan perlindungan harimau India.

"Saya amat teruja. Saya mempunyai air kencing lembu setiap hari atas alasan ayurvedic, jadi itu adalah okay," kata Kumar menerusi media sosial pada Khamis.

Kebanyakan penganut Hindu percaya bahawa lembu adalah haiwan suci dan minum air kencingnya dengan mendakwa ia bermanfaat untuk kesihatan.

Kerajaan Moda juga menubuhkan kementerian untuk ayurveda and yoga, dengan Modi mencadangkan pada Jun bahawa yoga membantu memberi perlindungan terhadap Covid-19.

Setakat ini, 4.6 juta orang di India sudah dijangkiti Covid-19 dan ia sudah menyebabkan 76,000 kematian. -MyMetro