Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PBS dedah Warisan mahu beli kerusi mereka, tawar duit dan jawatan



KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa mereka akan bergabung dengan Parti Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan baru.

Dakwaan ini telah ditularkan di media sosial berikutan keputusan Pilihanraya Negeri Sabah semalam.
PBS, sebagai rakan kongsi Gabungan Rakyat Sabah, tetap kekal bersama rakan sekutunya - Perikatan Nasional and Barisan Nasional.

Menurut Presidennya, Dr Maximus Johnity Ongkili sejak penubuhan Parti Bersatu Sabah 35 tahun lalu, mereka menolak amalan lompat parti.


"PBS anti lompat parti dan anti pemimpin tidak berprinsip. Kami sentiasa melatih dan membentuk pemimpin yang berprinsip dan berpegang teguh kepada teras perjuangan PBS." ujar Dr Maximus dalam kenyataannya di Facebook kelmarin.

Menurut kenyatan rasmi PBS, mereka mendakwa telah dihubungi oleh pihak Warisan untuk memujuk mereka meninggalkan PN dengan membeli kerusi.

Susulan itu, sekali lagi PBS telah dijadikan bahan fitnah kononnya telah bersama-sama menyokong Warisan Plus seperti yang tular di media sosial.

"Dalam kemelut pelantikan calon Ketua Menteri belum diumumkan. Propaganda politik mulai tersebar, khabar angin pengkhianatan mula bertiup dan PBS sekali lagi dijadikan sasaran bicara dan fitnah.


"Mainan politik kotor oleh parti lawan yang pada masa kempen kononnya mengamalkan nilai prinsip dan maruah, nilai kesatuan dan integriti - kini berubah wajah, berubah rupa.

Warisan adalah parti yang bertopengkan musang

"Mereka yang kononnya parti tempatan lebih baik dari parti Malaya tapi sebenarnya bertopengkan musang.

"Kerana mahukan jawatan dan kuasa, parti kapal ini mula menghubungi YB-YB PBS untuk membeli kerusi. Mereka sanggup menawar duit dan jawatan untuk YB-YB PBS.




"Sedarlah wahai Warisan Plus, PBS bukan parti yang baru dibina kelmarin, PBS bukan parti yang murahan dan tidak berwibawa.

"PBS terbentuk dari rakyat, oleh rakyat dan bagi rakyat. PBS pernah dianiaya, difitnah dan dicaci, tapi PBS kekal berdiri untuk rakyat.

"PBS berpegang pada prinsip dan maruah, PBS akan kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS)."ujar kenyataan berikut.

sumber: FB Parti Bersatu Sabah

𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗕𝗦 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 Dalam kemelut pelantikan calon Ketua Menteri belum diumumkan....
Posted by Parti Bersatu Sabah on Sunday, 27 September 2020