Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Mulai saat ini, kerajaan Muhyiddin Yassin telah jatuh." -Anwar


KUALA LUMPUR: Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur hari ini.

Menjawap soalam wartawan, beliau berkata majoriti yang diperolehi adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

"Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil.



"Bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” katanya sambil menambah ahli parlimen yang menyokongnya terdiri daripada pelbagai parti.

Ditanya lagi jika majoriti yang diperolehinya itu mencakupi dua pertiga, Anwar berkata “hampir”.

Anwar juga memberi jaminan bahawa dia ada "dokumen tetap yang tidak boleh diragui" bagi membuktikan bahawa dia kini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Diasak wartawan untuk maklumat lanjut, Anwar berkata, butiran akan hanya diberikan selepas dia mengadap Yang di-Pertuan Agong yang sekarang berada di Institut Jantung Negara.



“Kerajaan pimpinan (perdana menteri) Muhyiddin Yassin telah jatuh. Maklumat selanjutnya akan saya maklumkan lepas mengadap baginda Agong dalam masa terdekat insya-Allah," katanya.

Mengenai latar belakang ahli parlimen yang menyokongnya, Anwar sekadar mengulangi bahawa mereka terdiri daripada wakil rakyat pelbagai parti.

Dia juga mengakui bahawa mereka itu termasuk pemimpin Umno tetapi enggan mendedahkan sebarang butiran.

“Ada ahli parlimen dari pelbagai parti dan saya fikir untuk saya umumkan ini biar mereka menyusul dengan pandangan mereka.

“Pentadbiran ini pasti wakili semua rakyat. Majoriti Melayu bumIputera dan perwakilan dari semua kaum di negara kita," katanya.



Menurut Anwar, dia dijadual mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Selasa lalu tetapi Seri Paduka sedang menjalani rawatan.

Namun katanya, perkembagangan politik negara itu telah disampaikan melalui telefon.

Mengulas lanjut, Anwar berkata kerajaan barunya akan tetap menjunjung prinsip perlembagaan.

“Kita iktiraf kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabtkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera, di samping jaminan tegas mempertahan hak rakyat pelbagai kaum.




“Akhir sekali, saya mohon semua rakayt bersabar dan mendoakan kesembuhan Agong,” katanya.

Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke Wad Diraja IJN pada Isnin lalu selepas Seri Paduka mengadu kurang selesa dengan kesihatan. Namun menurut Istana Negara, baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan.

BACA: Isu pengampunan penuh kes liwat, Anwar gagal batal saman yang difailkan

Saksikan pengumuman Anwar secara LIVE di Faceboknya:
SIDANG MEDIA KHAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
[LIVE] SIDANG MEDIA KHAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Posted by Anwar Ibrahim on Tuesday, 22 September 2020