Calon Warisan dan penyokong makan katak beramai-ramai



PRN SABAH | Majlis makan malam bertemakan katak diadakan untuk meraih sokongan kepada calon PKR dan Warisan Plus di sebuah pusat penjaja di Kota Kinabalu, semalam.

Acara itu menyaksikan calon dan anggota parlimen dan kira-kira 150 anggota dan penyokong parti, kebanyakannya memakai kemeja-T yang menampilkan imej Ketua Menteri Shafie Apdal, melayani hidangan katak.

Calon Warisan Plus Kapayan Jannie Lasimbang, calon Likas Tan Lee Fatt dan calon PKR Api-Api Christina Liew turut hadir dan menyambut orang ramai.

Selain itu ialah anggota Parlimen Seputeh DAP Teresa Kok dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin.





Dalam ucapannya, Kok berkata katak dapat diubah menjadi hidangan istimewa dan produk sampingan industri pelancongan.

"Bila Covid-19 habis dan pelancong kembali beberapa bulan dari sekarang, hidangan katak boleh dijadikan hidangan istimewa di Sabah dan ia dapat disajikan kepada pelancong antarabangsa.

"Kita juga boleh buat kuih katak dan biskut katak," katanya.



Dia meminta para pengundi di Sabah menyokong Warisan Plus dan PKR untuk memastikan mereka kembali berkuasa di Sabah dengan majoriti dua pertiga.

Tan memberitahu Malaysiakini bahawa acara itu dianjurkan oleh Chin Teck Ming, bekas ketua bahagian PBS Luyang yang baru-baru ini keluar parti. -MalaysiaKini







Join our Telegram Channel
Telegram


Calon Warisan dan penyokong makan katak beramai-ramai Calon Warisan dan penyokong makan katak beramai-ramai Reviewed by Tun Carlos on September 24, 2020 Rating: 5

4 comments:

  1. Org politik.bkn fikir pasal rakyat pun.fikir psl kuasa dan tembolok swndiri jerr.

    ReplyDelete
  2. kita tengok mash ada katak lagi tak???...Warisan Plus dah kalah....tapi tengah nak fikir macam mana nak jadi kerajaan semula.....dia nak beli Adun PBS ke??? dan semua Adun Bebas ke???

    ReplyDelete
  3. Semua yg makan katak tu moga dpt Covid 19..umur pendekk... Chorrr

    ReplyDelete

Powered by Blogger.