Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

200 syarikat gergasi henti iklan di FB


WASHINGTON: Jenama terkemuka dunia menarik iklan di Facebook selepas mendakwa laman sosial itu gagal membendung penyebaran kandungan yang mengapi-apikan kebencian.

Hampir 200 syarikat termasuk jenama besar seperti Unilever, Starbucks, Levi's dan Coca-Cola mengambil bahagian dalam kempen boikot itu.

Tindakan protes yang tidak pernah berlaku sebelum ini itu sekali gus menghapuskan berbilion nilai pasaran FB.

Sesetengah syarikat menyatakan komitmen menyertai kempen #StopHateForProfit dikendalikan aktivis keadilan sosial.



Syarikat lain bertindak dengan cara tersendiri bagi mengelak suasana toksik FB.

Ford, misalnya berkata akan menghentikan semua iklan di media sosial untuk menilai kembali iklan promosi di platform itu.

"Kandungan yang berunsur ucapan kebencian, keganasan dan ketidakadilan kaum di platform itu perlu dihapuskan," kata mereka.

Kempen boikot itu meraih momentum di tengah-tengah rusuhan awam yang mana aktivis menekan FB supaya lebih agresif membendung isu perkauman.

Bagaimanapun, tidak diketahui sejauh mana ia memberi kesan kepada FB.

-MyMetro