Walaupun akaun dan aset parti tidak dibekukan, DAP minta orang ramai bantu bayar ikat jamin Guan Eng



Walaupun akaun parti DAP tidak dibekukan seperti apa yang kerajaan sebelum ini buat kepada akaun dan segala aset-aset parti UMNO, parti itu melancarkan kempen meraih dana daripada orang ramai selama satu minggu bagi membantu pembayaran ikat jamin setiausaha agungnya, Lim Guan Eng yang dihadapkan pertuduhan meminta suapan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua memaklumkan, selain bagi melunaskan bayaran jaminan berjumlah RM1 juta untuk Lim, tabung “Solidariti untuk Lim Guang Eng” juga dapat membantu membayar semula wang yang dipinjam parti itu daripada penyokongnya pada Jumaat lalu.

“Pihak pendakwaan meminta jaminan RM2 juta, dan mahkamah tetapkan sebanyak RM1 juta. Kami sudah bayar RM500,000 dengan wang yang dipinjam daripada para penyokong dan perlu bayar lagi RM500,000 kepada mahkamah Isnin ini.


“Sebarang lebihan daripada derma ini akan disalurkan untuk pilihan raya umum bagi melawan kerajaan pintu belakang dan mengembalikan mandat rakyat yang mengundi untuk melakukan perubahan pada 2018,” kata Pua dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Lim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah berhubung projek terowong dasar laut berkenaan yang bernilai RM6.3 bilion di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dia juga dijangka berdepan lagi dua pertuduhan pada 10 dan 11 Ogos ini di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang.

Sementara itu, isterinya Betty Chew juga dijangka turut didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth minggu depan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).


Dalam pada itu, Pua mendakwa ini bukanlah kali pertama Lim terpaksa berdepan pertuduhan palsu di mahkamah.

“Dia sekarang dituduh ‘meminta’ 10 peratus daripada keuntungan projek terowong dasar laut yang berikan melalui tender terbuka dan dinilai oleh penjawat-penjawat awam paling kanan dalam kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan pusat.

“Kami seru semua rakyat Malaysia untuk bersatu dan menentang pendakwaan politik ke atas Lim. Kami percaya rakyat Malaysia akan memperjuangkan kebenaran bagi memastikan keadilan ditegakkan,” kata ahli parlimen Damansara itu lagi. -MalaysiaKini





Join our Telegram Channel
Telegram


Walaupun akaun dan aset parti tidak dibekukan, DAP minta orang ramai bantu bayar ikat jamin Guan Eng Walaupun akaun dan aset parti tidak dibekukan, DAP minta orang ramai bantu bayar ikat jamin Guan Eng Reviewed by Tun Carlos on August 08, 2020 Rating: 5

2 comments:

  1. Eleh xda duit la sangat

    ReplyDelete
  2. Itu 10% bulih share kaa? Biasalah pakai duit sendiri sure kantoi.. Pakai public money itu SPRM Xblh dakwa... Pandai

    ReplyDelete

Powered by Blogger.