Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tersedut vape dalam dewan rakyat, Hishammuddin didenda oleh KKM



Setelah viral mengenai perbuatan Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein menyedut rokok eloktronik (vape) di dalam Dewan Rakyat ketika perbahasan siang tadi, Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) didakwa telah mengeluarkan denda terhadap beliau.

Menurut ciapan twitter Hishamuddin sendiri, beliau memohon maaf dan berjanji akan membayar denda tersebut.

"Ya, itu adalah kesilapan saya dan saya mengaku bersalah."

"Saya sentiasa konsisten mengatakan bahawa tiada sesiapa yang lebih tinggi daripada undang-undang. KKM Putrajaya sudah megeluarkan denda, dan saya akan membayar jumlah denda tersebut."



Sebelum ini, N.V Subbarow dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa tindakan keras diambil terhadap Hishamuddin yang juga merupakan seorang Menteri Luar.

"Dalam kes ini, Hishamuddin harus dikenakan tindakan kerana menyalahi undang-undang. Beliau tidak boleh hanya meminta maaf."

"Beliau adalah seorang Menteri dan juga penggubal undang-undang, harus menjadi teladan yang baik kepada semua." ujar Subbarow.

-TunCarlos.com