Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Projek Asrama: Isteri Lim Guan Eng hadapi 3 pertuduhan terima wang suapan ke akaun peribadi


BUTTERWORTH: Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama isterinya, Betty Chew dan rakan perniagaannya, Phang Li Koon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa serta pengubahan wang berhubung tawaran sebuah projek asrama pekerja asing RM11.6 juta kepada sebuah syarikat dikaitkan dengan Phang.

Mereka didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lim didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan pengerusi lembaga tender Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.



Beliau didakwa memberi rasuah bernilai RM372,009 kepada Chew melalui Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd, dengan memastikan Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan projek asrama pekerja asing di Juru serta Batu Kawan.

Projek untuk asrama itu terletak di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan di Seberang Perai Selatan.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu antara 19 Ogos 2013 hingga 3 Mac 2016.

Phang didakwa bersubahat dengan Lim di bawah Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009.



Chew pula berdepan 3 pertuduhan pengubahan wang bernilai RM372,009 daripada satu akaun Public Bank yang berdaftar di cawangan Taman Melaka Raya antara 7 Okt 2013 dan 3 Mac 2016.

Beliau didakwa menerima wang itu 3 kali, iaitu RM87,009 antara 7 Ogos 2013 dan 4 Ogos 2014, RM180,000 antara 3 Sept 2014 dan 11 Ogos 2015 serta RM105,000 antara 4 Sept 2015 dan 3 Mac 2016.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Roslan Mat Nor, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar dan Francine Cheryl Rajendram.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.

Sebutan kes ditetapkan 16 Okt ini.



Laporan Pertuduhan Lim Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng dan Phang Li Koon (11 Ogos 2020)

PERTUDUHAN KE ATAS LIM GUAN ENG

Tertuduh:  Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, 60 tahun

Hakim: Ahmad Azhari Abdul Hamid

DPP:
Tuan Roslan Mat Nor
Tuan Ahmad Akram Gharib
Tuan Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar
Puan Francine Cheryl A/P Rajendram

Peguam:
Gobind Singh Deo
Ramkarpal Singh
RSN Rayer
V. Vemal Arasan

Mahkamah: Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Butterworth, Pulau Pinang

Status: Mengaku TIDAK BERSALAH terhadap satu pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Kesalahan: Menggunakan kedudukan untuk suapan, iaitu, wang berjumlah RM372,009.00 bagi isterinya iaitu Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn. Bhd., dengan cara mengambil tindakan memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn. Bhd. ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang bernilai RM11,610,000.00.

Hukuman jika disabit kesalahan: Penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim membenarkan jaminan berjumlah RM50,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan tersebut.

Sebutan semula kes pada 16 Oktober 2020.



PERTUDUHAN KE ATAS PHANG LI KOON

Tertuduh: Pengarah Syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn. Bhd., Phang Li Koon, 48

Hakim: Ahmad Azhari Abdul Hamid

DPP:
Tuan Roslan Mat Nor
Tuan Ahmad Akram Gharib
Tuan Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar
Puan Francine Cheryl A/P Rajendram

Peguam:
Datuk V Sithambaram
Ruebankumar Asokan

Mahkamah: Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Butterworth, Pulau Pinang

Status: Mengaku TIDAK BERSALAH terhadap satu pertuduhan di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan dibaca bersama seksyen 23(1) dan seksyen 24(1) Akta yang sama.

Kesalahan: Bersubahat dalam pelakuan kesalahan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Penang Development Corporation (PDC) Lim Guan Eng yang telah menggunakan kedudukannya untuk suapan, iaitu, wang berjumlah RM372,009.00 bagi isteri beliau iaitu Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn. Bhd., dengan cara mengambil tindakan memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn. Bhd. ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang bernilai RM11,610,000.00.

Hukuman jika disabit kesalahan: Penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim membenarkan jaminan berjumlah RM50,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan tersebut.

Sebutan semula kes pada 16 Oktober 2020.



PERTUDUHAN KE ATAS ISTERI LIM GUAN ENG

Tertuduh: Isteri bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng, 56

Hakim: Ahmad Azhari Abdul Hamid

DPP: 
Tuan Roslan Mat Nor
Tuan Ahmad Akram Gharib
Tuan Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar
Puan Francine Cheryl A/P Rajendram

Peguam: 
Ramkarpal Singh
Lee Khai
Sangeet Kaur Deo

Mahkamah: Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Butterworth, Pulau Pinang

Status: Mengaku TIDAK BERSALAH terhadap satu pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan dua pertuduhan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001

Kesalahan pertuduhan pertama: Melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu menerima wang berjumlah RM87,009.00 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn. Bhd. yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya.

Kesalahan pertuduhan kedua: Menerima wang berjumlah RM180,000.00 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn. Bhd. yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya.

Kesalahan pertuduhan ketiga: Menerima wang berjumlah RM105,000.00 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn. Bhd. yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya.

Hukuman jika disabit kesalahan (Pertuduhan Satu): 
Didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun; atau kedua-duanya.

Hukuman jika disabit kesalahan (Pertuduhan Kedua dan ketiga): Penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim membenarkan jaminan berjumlah RM50,000 dengan seorang

-Tun Carlos