PAS U-Turn sertai Perikatan Nasional

Perjumpaan Muhyddin bersama semua kepimpinan PAS di Parlimen semalam

KUALA LUMPUR – Selepas empat hari Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan menyertai Muafakat Nasional (MN), Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini tampil menjelaskan  pendirian parti itu terhadap Perikatan Nasional (PN)

Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-undang) berkata, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan menyertai PN bersama Bersatu.

Jelas beliau, Pas merupakan antara parti penaja gabungan politik baharu, yang muncul selepas perubahan politik pada hujung Februari lalu.



“Pas ada, PPBM ada, BN kena tanya BN, saya tidak pasti,” katanya kepada media selepas majlis serah watikah pelantikan anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO turut serta sebagai jawatankuasa penajanya.

“Jawatankuasa penaja boleh mana-mana pihak. Lepas ditubuhkan, ahli lain boleh masuk.”

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof memaklumkan pendaftaran PN sedang dilakukan.



Katanya, pendaftaran PN sebagai sebuah gabungan sudah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Untuk rekod, rakan kerjasama Pas dalam Muafakat Nasional, UMNO sebelum ini mengumumkan ia tidak akan menyertai PN, sebaliknya mahu memperkasakan MN.

Pendirian itu dibuat UMNO pada 30 Julai lalu malah perkara itu diumumkan sendiri presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah Ahmad Zahid berkata, sokongan kepada kerajaan PN ketika ini, hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri.

BACA: TERKINI: Zahid Hamidi ulas isu PAS U-Turn sertai Perikatan Nasional

 – MalaysiaGazette



Join our Telegram Channel
Telegram


PAS U-Turn sertai Perikatan Nasional PAS U-Turn sertai Perikatan Nasional Reviewed by Tun Carlos on August 19, 2020 Rating: 5

1 comment:

  1. Dh lama mmg xpercaya pas pus ni .pas pus ni mmg x brpa suka kt UMNO/BN biar la pas pus join PN x kudis pn .

    ReplyDelete

Powered by Blogger.