Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lim Guan Eng menggelabah bila Kerajaan mahu kaji semula diskaun tol 18% yang dibuat zaman PH



KUALA LUMPUR – DAP mengecam tindakan Perikatan Nasional (PN) untuk menyemak semula diskaun 18% bagi tol Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang dilaksanakan kerajaan PH dan membekukan sebarang kenaikan sebagai langkah awal untuk menghapuskan lebuhraya bertol.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, kini jelas kerajaan PN mengamalkan politik balas dendam dengan merungkai segala usaha dan dasar yang dilaksanakan oleh Pakatan Harapan (PH) termasuk pemberian diskaun 18% untuk pengguna lebuhraya PLUS.

Guan Eng juga menuduh Kerajaan PN ingin membalas dendam dan menghukum rakyat.




“Namun, dalam keghairahan mereka membalas dendam, PN lupa yang mereka sebenarnya sedang menghukum rakyat iaitu pengguna lebuhraya PLUS yang bakal menikmati penjimatan RM500 juta untuk tahun 2020 dari pengurangan tol tersebut.

“Kerajaan juga akan menjimatkan RM600 juta pada tahun 2020 kerana tidak perlu membayar pampasan kepada PLUS berikutan pembekuan kenaikkan kadar tol.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Selasa lalu, Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan akan mengkaji semula kadar tol sebanyak 18 peratus kepada PLUS yang dibuat ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.



Sebelum ini, kerajaan PH menjanjikan tol percuma, tetapi hanya mengumumkan pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi pengguna kenderaan persendirian di semua lebuh raya milik PLUS dilaksanakan 1 Februari ini.

Menurut Guan Eng, dasar memanfaatkan rakyat yang dilaksanakan oleh PH mungkin akan ditarik balik disebabkan politik balas dendam PN.

Katanya, tindakan itu amat tidak bertanggungjawab dan akan mengakibatkan ramai pengguna lebuh raya PLUS terjejas.

Lebuhraya PLUS terdiri daripada New Klang Valley Expressway (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson , Lebuhraya ELITE, LINKEDUA, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan kedua-dua jambatan Pulau Pinang. – MalaysiaGazette