Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Langgar PKPP: Lepak Pub sampai 1.30 pagi, cucu bekas PM antara ditahan Polis


Cyberjaya  – Menurut laporan SuaraTV, cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di katakan di tahan pihak polis dalam satu serbuan yang di jalankan ke atas sebuah permis hiburan di ibu kota, pada Sabtu lalu.

Menurut sumber yang di hubungi SuaraTV, Meera Alyanna Mukhriz di tahan oleh sepasukan anggota polis sekitar jam 1.20 pagi sebelum di bawa ke balai polis di Taman Tun Dr Ismail.

“Ya, beliau di tahan pagi Sabtu lalu, kerana melanggar perintah PKPP dan ketika di tahan beliau dalam keadaan mabuk,” memetik kenyataan sumber tersebut.



Serbuan di lakukan hasil maklumat orang ramai yang mendakwa permis hiburan tersebut beroperasi melebihi had masa yang ditetapkan.

Daripada hasil serbuan tersebut seramai 30 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan sebelum di bawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pemilik tempat tersebut dan 2 pekerja telah ditahan kerana tidak mempunyai lesen menjual minuman keras serta tidak mempunyai permit pekerja asing yang sah.



“Seramai 30 pelanggan telah dibawa ke balai untuk pelbagai kesalahan PKPP dan siasatan dibuat di bawah Peraturan 11, Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit,’ katanya lagi.

Pihak SuaraTV masih sedang berusaha untuk mengbungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk mendapatkan pengesahan maklumat lanjut.

BACA: Polis sahkan cucu Tun Mahathir ditahan

– SuaraTV