Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kadir Jasin akhirnya sedar Jho Low sebenarnya penipu



Orang kuat Tun Mahathir, A Kadir Jasin kini mula menyedari bahawa Jho Low adalah penipu sebenar dalam kes salahguna dana dari 1MDB.

Kadir mencadangkan supaya Bank Negara dan bank-bank lain di negara ini yang terlibat dengan pengaliran masuk-keluar duit haram 1MDB disiasat dan dihadapkan ke mahkamah jika terdapat bukti.

Ini susulan tindakan Mahkamah Switzerland, semalam yang mendapati seorang pegawai bank negara itu bersalah kerana gagal memberi amaran tentang masalah pengubahan wang haram jutaan dolar yang diselewengkan dari firma pelaburan negara itu.


“Atas dasar itu, adalah wajar bank-bank Malaysia yang terlibat dengan pengaliran masuk-keluar duit haram 1MDB disiasat dan jika ada bukti, dihadapkan ke mahkamah.

“Denda saja macam ke atas AMBank tidak memadai. Malah peranan Bank Negara dalam hal ini pun wajar disiasat,” katanya dalam satu catatan di Faebook.

Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland, semalam berkata pihaknya telah mendapati bank Coutts & Co bersalah kerana melanggar syarat untuk melaporkan transaksi yang mencurigakan dan mengenakan hukuman denda sebanyak $50,000 Swiss franc (AS$55,000) ditambah dengan kos mahkamah.


Keputusan mahkamah itu bagaimanapun masih boleh dirayu.

Mengulas lanjut, Kadir berkata, lelaki yang tidak dinamakan dituduh tidak melaporkan kemasukan sebanyak AS$700 juta dana 1MDB ke dalam akaun banknya yang dikendalikan oleh Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

“Jho Low ni dia faham pemikiran orang Melayu. Sebab itulah dia guna orang putih dan orang Arab untuk skim penipuan 1MDB ini.

“Dia tahu ramai Melayu lemah bila sebut orang putih dan orang Arab,” katanya.

-MalaysiaKini