Jangan celupar, adakah rakyat menerima UMNO pada hari ini? - Exco Armada tegur Ketua Penerangan UMNO



Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan selaku pemimpin utama gabungan PN jangan celupar, tegur Exco Armada Nasional Bersatu Muzzammil Ismail.

Beliau mengulas kenyataan Shahril yang menasihatkan Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor supaya “jangan bermimpi” susulan selepas menyatakan hasrat partinya untuk bertanding 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Muzzammil menyoal Shahril, berkata "lupakah Umno rebah di Sabah pada PRU14?"

"Apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Bersatu, Hajiji adalah hasrat Bersatu, dan sememangnya berdasarkan rekod baik Adun Bersatu sebelum ini.


"Kenapa Sharil Hamdan melompat lebih hanya kerana risau kerusi Umno berisiko dipertandingkan oleh Bersatu?

 "Adakah rakyat telah menerima Umno pada hari ini?

"Sebaliknya selesaikan di meja rundingan dan bukan melalui serangan di media," katanya.

Beliau turut menasihatkan pemimpin Umno dan Bersatu supaya tidak mengulangi kesilapan PH sebelum ini yang berpecah.

"Pimpinan utama Umno dan Bersatu kena jaga perkara ini dan jangan celupar. Warisan masih lagi mempunyai ‘strong base’ di Sabah.


"Muhasabah diri dan jangan terlalu ego. Kita kena bijak mengatur politik di sini. Jangan pula, menembak antara satu sama lain," katanya.

PRN Sabah bakal diadakan selepas DUN semasa dibubarkan.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal pada Khamis lalu, beberapa jam selepas Musa mendakwa blok pembangkang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru.





Join our Telegram Channel
Telegram


Jangan celupar, adakah rakyat menerima UMNO pada hari ini? - Exco Armada tegur Ketua Penerangan UMNO Jangan celupar, adakah rakyat menerima UMNO pada hari ini? - Exco Armada tegur Ketua Penerangan UMNO Reviewed by Tun Carlos on August 01, 2020 Rating: 5

2 comments:

  1. Umno banyak membantu orang miskin,pasti rakyat trima...

    ReplyDelete
  2. ppbm jangan mimpi...
    ppbm tiada tempat di sabah...
    yang melompat jadi katak ke ppbm hanyalah wakil rakyat tetapi pengundi umno tidak melompat.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.