SPRM serah hasil siasatan audio rakaman kepada Peguam Negara


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah selesai menyiasat rakaman audio yang dikatakan suara Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menarik pemimpin UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan tawaran jawatan dalam Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki berkata, perkara itu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Ketika ditanya sama ada Perdana Menteri akan dipanggil memberi keterangan, beliau berkata, ia terpulang kepada Peguam Negara.


“Dalam siasatan mengenai rakaman audio, kami melihat kepada pelbagai isu seperti keaslian suara dan sama ada yang diucapkan itu jenayah atau tidak,” katanya dalam sidang media seperti laporan FMT hari ini.

Rakaman berkenaan kononnya dilakukan semasa Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 23 Februari lalu – sehari Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu.

Ia kemudiannya menyebabkan ‘kejatuhan’ kerajaan Pakatan harapan selepas memerintah selama 22 bulan.


Dalam rakaman itu, Muhyiddin kononnya mengalakkan pemimpin Bersatu cuba menyakinkan ahli parlimen UMNO bertukar kem dan Bersatu akan menjadi parti terbesar orang Melayu selepas itu.

Sementara itu, kata Azam, SPRM kini dalam fasa akhir menyiasat kes kehilangan RM250,000 wang tunai dari rumah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sebaik sahaja selesai, katanya, ia akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

- MalaysiaGazette




Join our Telegram Channel
Telegram


SPRM serah hasil siasatan audio rakaman kepada Peguam Negara  SPRM serah hasil siasatan audio rakaman kepada Peguam Negara Reviewed by Tun Carlos on July 23, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.