TERKINI: Dr Mahathir gelabah, block ribuan akaun FB yang "Like" dan sokong komen Najib



Bekas perdana menteri Najib Razak menjawab cabaran Dr Mahathir Mohamad dengan menyenaraikan apa yang menurutnya kontrak kerajaan kepada anak-anak dan kroninya, ketika anggota Parlimen Langkawi itu menjadi perdana menteri.

Tak cukup jawab di Facebooknya sendiri, Najib juga turut "copy paste" jawapannya di bahagian komen di posting Facebook Mahathir.

Komen Najib mendapat ribuan Like dari netizen tapi rata-rata yang like komen tersebut telah di "block" (disekat) oleh admin FB Dr Mahathir.

Yang tinggal hanyalah komen dari penyokong Mahathir. Ribuan netizen yang telah disekat tidak dapat komen dan juga "Like" di posting Dr. Mahathir

Komen Najib di posting Mahathir


Cabaran dari Mahathir

Dalam Facebooknya hari ini, Mahathir menegaskan kritikannya terhadap persetujuan antara pendakwaan dengan Riza dalam kes pengubahan wang haram itu.

"Ia seperti curi 10 ekor ayam. Anda patut pulangkan 10. Jika anda sudah makan sembilan ekor atau jual kepada orang lain, ia tidak diambil kira.



"10 ekor ayam perlu dipulangkan kepada pemiliknya. Beri balik satu masih bermakna pemilik hilang sembilan," kata Mahathir lagi.

Beliau juga mencabar Najib untuk mengemukakan bukti dokumen berkenaan kontrak kerajaan yang diberikan kepada anak-anaknya, seperti bukti dokumen mengaitkan Najib dengan skandal 1MDB.

"Sila jelaskan urusniaga (sweetheart deal) melibatkan kroni PM7 (perdana menteri ketujuh). Adakah Riza yang beli atau anak saya yang beli? Dan siapa kroni (yang dimaksudkan)?" soal Mahathir.

Najib jawab cabaran Mahathir

Dalam menjawab cabaran dari Mahathir, Najib antara lain menyasarkan perniagaan dua anak Mahathir, Mirzan dan Mokhzani, serta taikun Vincent Tan.

"Jangan cakap tentang mencuri atau memulangkan kembali ayam. Di bawah anda, seluruh reban diserahkan kepada kroni untuk disembelih," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau merujuk kenyataan Mahathir sebelum ini yang menyifatkan persetujuan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Riza Aziz dalam kes pengubahan wang haram melibatkan dana AS$248 juta (RM1.25 bilion) yang dikaitkan dengan 1MDB sebagai "curi 11 ekor ayam bagi balik seekor".



Sebagai sebahagian daripada persetujuan itu, Riza perlu menyerahkan aset yang dianggarkan bernilai AS$108 juta (RM416.6 juta).

Najib berkata, bertentangan dengan dakwaan Mahathir bahawa anak-anaknya tidak menjalankan perniagaan di Malaysia sehinggalah peletakan jawatannya sebagai perdana menteri keempat pada 2003, Mirzan membina Konsortium Perkapalan pada tahun 1990-an.

Syarikat konsortium perkapalan milik Mirzan telah di "bailout"

Katanya, konsortium itu akhirnya memerlukan 'bail out' berjumlah AS$220 juta daripada Malaysian International Shipping Corporation (MISC) ketika krisis kewangan 1998 melanda. Pemegang saham terbesar MISC adalah Petronas.

"Bukankah MISC dan Petronas melaporkan kepada anda selaku perdana menteri pada masa itu?" soal Najib.



Mokhzani ada pegangan saham dalam Hospital Pantai Group

Katanya lagi, pada 1997 pula, anak keempat Mahathir iaitu Mokhzani membeli pegangan dalam Hospital Pantai Group daripada Tan untuk menjadi pemegang saham terbesar.

Beliau mendakwa syarikat itu kemudian mendapat konsesi Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) serta kontrak pembekalan untuk hospital kerajaan.

Mokhzani dapat kontrak carigali untuk Petronas

Katanya lagi, syarikat Mokhzani, Kencana Group turut memenangi lesen fabrikasi struktur cari gali di lautan daripada Petronas pada 2002.

Mukhriz dapat kontrak dari Telekom melalui Opcom

Beliau juga berkata syarikat Mukhriz Opcom diberi kontrak RM214 juta daripada Telekom Malaysia menerusi rundingan terus selepas arahan daripada Kementerian Kewangan.

Untuk rekod, Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri keempat pada 31 Oktober 2003 tetapi penganugerahan kontrak itu bertarikh 7 Oktober. Mahathir juga menteri kewangan pada masa itu.



Vincent Tan dapat tender judi bolasepak selama 20 tahun

Najib juga mendakwa kerajaan memberikan konsesi 20 tahun untuk pertaruhan sukan dan bola sepak kepada sebuah syarikat milik Tan tanpa tender atau kelulusan kabinet, beberapa bulan sebelum meletakkan jawatannya.

Syarikat Mukhriz dibantu lagi setelah PH jadi Kerajaan

Selepas PH menjadi kerajaan, Najib mendakwa kerajaan "mempercepat" Pelan Gentian Optik dan Kesaling hubungan Negara di mana syarikat milik Mukhriz, Opcom turut terlibat.

Saham syarikat itu melonjak selepas pengumuman tersebut, katanya lagi.

Dalam responsnya terhadap kenyataan Mahathir, Najib juga melampirkan apa yang menurutnya surat Kementerian Kewangan yang mengarahkan Telekom Malaysia memberikan kontrak berjumlah RM214 juta kepada Opcom.

Banyak lagi dokumen akan didedahkan oleh Najib.

-Tun Carlos

Dia suruh saya beri bukti, saya pun beri bukti. Kita tunggu PM7 jawab pulak. Selama 22 tahun dia berjuang untuk bangsa...
Posted by Najib Razak on Tuesday, 23 June 2020
Komen netizen yang telah di block dari FB Page Dr Mahathir




Join our Telegram Channel
Telegram


TERKINI: Dr Mahathir gelabah, block ribuan akaun FB yang "Like" dan sokong komen Najib TERKINI: Dr Mahathir gelabah, block ribuan akaun FB yang "Like" dan sokong komen Najib Reviewed by Tun Carlos on June 23, 2020 Rating: 5

1 comment:

  1. Najus stop bohonggggggg!! Anak anak mahadir semua tak curi duit 1mdb seperti kau lahanat! Mereka usaha untuk berniaga dan untuk dpt kejayaan dan peluang dlm perniagasn bknnya mencuri dsn menipu kes cbt dan pinda fakta 1mdb mcm kau lahanat! Dan kes mahksmah kau bertimbun timbin blm selesai asyok ponteng mc mc mc ! Keermakkkk! Laki bini sama! Hbs bila kena tangguh mc , ckp tskblh charge ! Tal blh charge ! Kepala hotak kau ! Mcmmsna nak charge jika lakibini asyin mc mc mc ponteng court proceedings!!?? Woi pekal najus! Tun m dan anan anaknya tiada kes cbt mcm kau dan lari byr culai lhdn!! Anak anak tun dan tun srmua byr cukai lhdn! Bknnya lari cukai mcm dajal sial mcm kau baruahhhh!!!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.