Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelajar tingkatan 3 antara 15 ditangkap dalam pesta muda-mudi


SIBU: Penganjuran pesta mudamudi dengan berkaraoke dan sesi minum alkohol oleh sekumpulan 10 lelaki bersama-sama lima wanita, termasuk pelajar tingkatan tiga telah dihidu sepasukan polis di sini, petang kelmarin.

Kesemua suspek merupakan warga tempatan ditahan di sebuah premis hiburan di Jalan Pahlawan di sini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Supt Collin Babat dalam satu kenyataan.

Menurutnya, polis menahan 15 orang kesemuanya termasuk seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga.



“Suspek terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita berusia antara 15 hingga 47 tahun. “Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis yang diketuai Inspektor Kalidasan Prasad dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sibu menyerbu premis terbabit sekitar jam 6.53 petang,” katanya lagi.

Collin berkata, hasil pemeriksaan mendapati 10 lelaki termasuk pemilik premis berusia 47 tahun dan lima wanita sedang leka berkaraoke dan minum alkohol di sebuah bilik premis terbabit tanpa menyedari kehadiran polis.

BACA: SKMM sekat 1777 website judi haram, kaut lebih RM100 juta ketika PKP

via: Suara Sarawak