Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib sarankan Mahathir dilantik jadi Presiden DAP, jalan terbaik hentikan niat Anwar jadi PM


Bekas Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan tegas bahawa beliau tidak akan bekerjasama lagi dengan Anwar Ibrahim gara-gara PKR tidak mahu mencalonkan Mahathir sebagai Perdana Meteri ke-9.

Mahathir pada masa yang sama juga menolak tawaran Anwar untuk melantiknya sebagai Menteri Mentor.

Walaupun menolak perundingan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya, Dr. Mahathir bagaimanapun akan mengekalkan hubungan kerjasama dengan DAP dan Amanah, dua parti PH yang menyokong beliau sebagai PM.



Najib cadang Mahathir sertai DAP

"Kan saya dah sarankan? Jalan terbaik untuk PM7 menjadi PM9 ialah masuk DAP dan dilantik presiden parti sebab DAP merupakan parti dengan kerusi parlimen paling banyak dalam PH Plus." ujar Najib dalam posting terbaru di Facebooknya.

"Kit Siang (Lim Kit Siang) perlu ikhlas jika dia benar-benar sokong PM7. Mulakanlah langkah pertama dengan menjemput PM7 jadi ahli DAP."

Untuk rekod, DAP mempunyai bilangan Ahli Parlimen paling banyak dalam gabungan PH setakat ini.

Jika Mahathir menjadi Presiden di dalam parti yang paling besar jumlah Ahli Parlimen, Anwar sudah tentu terpaksa hentikan niatnya untuk mencabar jawatan calon Perdana Menteri kerana partinya sudah kehilangan ramai Ahli Parlimen yang melompat ke PN.

-Tun Carlos

Kan saya dah sarankan? Jalan terbaik untuk PM7 menjadi PM9s ialah masuk DAP dan dilantik presiden parti sebab DAP...
Posted by Najib Razak on Wednesday, 24 June 2020