Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib adalah saksi yang telus dan tidak salah guna kedudukannya -Ketua Pendakwaraya


Wartawan telah bertanya kepada Ketua Pendakwaraya lantikan Tommy Thomas iaitu Sithambaram tentang apa pengalamannya menyoal balas bekas Perdana Menteri DS Najib Razak di mahkamah dalam perbicaraan mengenai 1MDB dan SRC International.

Sithambaram berkata, walaupun Najib adalah mantan PM, sungguhpun beliau dihormati, namun beliau tidak diberi keringanan oleh pasukan pendakwaan ketika sesi soal balas ketika Najib menjadi saksi.

Seterusnya Sithambaram mengatakan bahawa beliau mempunyai pengalaman amalan guaman selama 42 tahun, dan beliau telah menyoal balas DSN di kandang saksi selama hampir 11 hari dan ia satu pengalaman yang agak menakutkan.



"Namun komen saya secara adilnya, sungguhpun ramai mungkin tidak sukakan komen ini, Dato Seri Najib adalah merupakan seorang saksi yang tidak berselindung atau memanipulasi kedudukannya dan beliau telah menjawab soalan-soalan saya sebaik yang beliau boleh." ujar Sithambaram

Najib kongsi video Sithambaram

Video tersebut juga telah dikongsi oleh Najib di Facebook beliau setelah dimuatnaik oleh seorang pemilik akaun Facebook yan gbernama Nabeel Naqie.

Menurut Najib, walaupun pihak pendakwaraya sendiri menjelaskan bahawa beliau telah menjawab semua soalan dengan baik, pihak Pakatan Harapan  (PH) memainkan propaganda kononnya beliau tidak tahu apa-apa ketika disoal di mahkamah.



"Tapi propaganda PH tuduh saya tak tahu jawab atau apa pun tak tahu dalam mahkamah?"

"Kini, pendakwa raya kata saya telah menjawab dengan jujur dan sebaik-baiknya sepanjang tempoh melebihi 11 hari saya disoal dalam mahkamah."

"Ya, saya pilih untuk membela diri menerusi keterangan bersumpah dan disoal dalam pemeriksaan semula.oleh pendakwa raya dalam mahkamah."

"Berani kerana benar. Tak sama dengan bakal PM5/6/7/8/9 yang memilih untuk memberi kenyataan tidak bersumpah dan enggan untuk disoal dalam pemeriksaan semula oleh pendakwa raya."ujar Najib menyindir Presiden PKR iaitu Anwar Ibrahim yang dahulunya mengelak untuk disoal jawab mempertahankan diri sendiri di kandang tertuduh ketika menghadapi perbicaraan kes liwat.

-Tun Carlos