Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Menteri Tugas-Tugas Khas umum tak letak jawatan, terus sokong PN


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof hari ni menafikan spekulasi bahawa beliau akan meletakkan jawatan.

Bercakap dalam satu sidang media khas di kediamannya di Kajang hari ini, Mohd Redzuan menjelaskan bahawa beliau percaya terdapat kumpulan tertentu yang mahu gugat kestabilan politik negara dengan menyebarkan spekulasi tersebut .


“Sekali lagi saya ulangi saya tak letak jawatan dan takkan letak jawatan," katanya.

Ahli parlimen Alor Gajah itu juga menegaskan beliau akan kekal bekerjasama dalam kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mantapkan negara. -MKini