Mahathir lucu, cuba melaga-lagakan Shafie dan Anwar -Bung


Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin menyifatkan pencalonan Mohd Shafie Apdal sebagai perdana menteri sebagai cubaan menjatuhkan ketua menteri Sabah oleh Dr Mahathir Mohamad

Beliau berkata, selain "melucukan" cadangan bekas perdana menteri itu juga kata Bung Moktar dilihat cuba melagakan Shafie dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

"Mahathir sedang berusaha menjatuhkan Shafie dengan melaga-lagakannya dengan Anwar. Ini cubaan untuk mengelirukan orang ramai.

"Ia sesuatu cadangan yang amat melucukan, saya kira ini satu jenaka dengan cubaan melaga-lagakan dua individu ini," katanya kepada Malaysiakini hari ini.


Semalam, Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa pertemuan pada Khamis lalu antara beliau Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta Shafie, dan pemimpin DAP yang lain bersetuju untuk mencalonkan presiden Warisan itu sebagai perdana menteri.

Perkembangan ini hadir ketika PH terus berada dalam kebuntuan berhubung calon perdana menteri dalam usaha mengambil alih semula kerajaan pusat.

Keputusan itu dibuat susulan pendirian PKR yang menolak Mahathir sebagai calon perdana menteri kesembilan dan menegaskan Anwar sebagai calon perdana menteri.

Selepas kenyataan Mahathir, DAP dan Amanah berkata, cadangan untuk mencalonkan Shafie sebagai calon perdana menteri masih perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat Amanah dan DAP serta Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu.


Dalam kenyataan bersama, Mohamad dan Lim berkata pertemuan dengan Mahathir pada Khamis lalu merupakan pertemuan tidak rasmi.

Sementara itu Bung Moktar berkata, Mahathir mencalonkan Shafie juga mungkin disebabkan beliau sudah kehilangan sokongan Amanah dan DAP.

"Mungkin Mahathir telah sedar yang beliau kehilangan semua sokongannya dari PKR, DAP dan Amanah dan kini telah beralih kepada Shafie.

"Namun, Shafie juga tidak mendapat sokongan semua parti PH dan oleh itu mustahil baginya untuk dijadikan perdana menteri," katanya lagi.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing hari ini juga berkata Mahathir cuma bermain politik serta menegaskan penduduk Sabah dan Sarawak tidak akan diperbodohkan dengan cadangan itu.

"Tidak mungkin pengundi Malaysia akan menerimanya. Saya minta Dr Mahathir berhenti bermain politik," katanya seperti dipetik The Star.

-MalaysiaKini




Join our Telegram Channel
Telegram


Mahathir lucu, cuba melaga-lagakan Shafie dan Anwar -Bung Mahathir lucu, cuba melaga-lagakan Shafie dan Anwar -Bung Reviewed by Tun Carlos on June 28, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.