Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu Pemandu Mabuk: "Dulu saya dah beri amaran, tapi korang hentam saya"



Berikutan kes pemandu mabuk yang semakin mejadi-jadi sehingga membunuh ramai orang yang tidak bersalah, semakin ramai yang menggesa pihak Kerajaan mengharamkan penjualan arak ataupun membekukan lesen arak.

Dato Jamal Yunos di dalam satu posting di Facebook mengingatkan semula netizen mengenai aksi beliau ketika membantah penjualan arak di Selangor beberapa tahun dahulu.

Pada ketika itu beliau melakukan aksi memecahkan botol-botol arak di hadapan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai simbolik bantahan kepada kerajaan Selangor yang membenarkan penjualan  arak secara berleluasa di negeri itu.



"La ni makin menjadi2, kita perati je puak-puak (pemabuk) ni. Dulu lagi saya dah beri amaran, korang juga yang balon (hentam) saya." ujar Jamal di Facebook.

Jamal juga menceritakan pengalaman beliau ditahan lokap setelah melakukan aksi bantahan tersebut.

"Tujuh hari woiii masuk lokap tido atas simen. Siap kena dakwa lagi. Turun naik mahkamah..
Macam tidak ada belas ehsan depa (mereka) terhadap saya"



Jamal bertekad untuk meneruskan perjuangan beliau bagi membantah penjualan arak.

"Tidak mengapa, perjuangan perlu di teruskan. Kita lawan sama-sama kaki minum arak.Tungguuuuu...kita sama-sama musuhi kaki mabukkkk..

"Korang nak sokong tak? Ke saya kena berjuang sorang-sorang lagi.?" soalnya kepada netizen.

-Tun Carlos