Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

ANWAR: Tolak politik tipu helah rebut kuasa untuk kayakan sanak-saudara


Sejurus selepas pengumuman Tun Dr Mahathir mencalonkan Shafie APdal sebagai calon Perdana mneteri Pakatan Harapan dan juga anaknya Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri 2, Anwar telah memuatnaik satu video di Facebooknya.

Di dalam video tersebut Anwar mengajak semua menolak politik tipu helah ahli politik untuk merebut kuasa dan memperkayakan sanak saudara.

"Politik ini bukan sepak terajang politikus untuk sekadar mencari helah taktik untuk merebut kuasa. Politik adalah terkait dengan urus tadbir soal rakyat.


"Apakah dasar yang dikemukakan. Apakah dasar ini mengekalkan corak pentadbiran usang  lapuk rasuah menindas seperti yang berlaku sekarang atau dulu."

"Apakah politik ini bermakna kita akan terus memperkayakan sanak-saudara dan puak kita? Apakah politik ini tanpa dasar yang nak jaga kepentingan rakyat jelata?"

"Kita tidak mahu akhirnya hanya helah dan sepak terajang muslihat merebut kuasa tanpa menjelaskan untuk apa kuasa itu bagi menjamin keselesaan dan kehidupan dan kelangsungan rakyat atau hanya untuk melepaskan kehendak peribadi, nafsu serakah dan dendam kesumat. " ujar Anwar

-Tun Carlos