Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anwar dakwa Raja-Raja Melayu mahu beliau jadi PM, bukan Mahathir -Chegu Bard


Pendedahan dari Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard

Respon awal, 4 Jun 2020

Semalam saya pergi pejabat Anwar Ibrahim , saya bawa bersama empat orang teman.

Anwar dalam pertengahan Ramadhan telah hantar kepada whatsapp saya, kenyataan Adun Sungai Acheh yang kesal dengan cara Anwar dan parti keadilan dalam beberapa perkara. Khususnya cara anwar kendali parti dan cara anwar meletakkan kepentingan dalam memberikan tumpuan.

Saya tidak menjawab kerana saya sendiri bosan dengan sikap anwar yang penting diri dan hanya pandai perkuda orang.



Namun pada hari raya Anwar hantar beberapa masej berbalas masej sehingga terhasil pertemuan semalam. Saya pun nak bertemu kerana saya anggap inilah peluang saya meluahkan semua yang terbuku dan saya sedia jika ianya yang terakhir untuk Anwar hendak bertemu pun.

Saya bawa 4 orang teman sebagai saksi. Dua orang teman menunggu di luar bilik pertemuan dan dua lagi saya bawa duduk bertemu sama sebagai saksi.

Dalam pertemuan lebih kurang sejam itu saya luah semua dan beberapa kali Anwar gagal menjawab persoalan yang muncul dan dia banyak kali cakap berbelit sehingga sangat jelas menipu. Fakta dia cakap kali pertama dengan kemudian 15 minit kemudian percakap perkara sama dengan fakta berbeza.
Badrul Hisham Shaharin @ Chegu Bard



Dia bersungguh sungguh yakinkan bahawa Sultan Johor hubungi dia minta terus usaha ambil alih kerajaan, katanya syarat Sultan Johor kerajaan baru itu wajib tanpa Mahathir.

Dia juga menyebut beberapa raja - raja Melayu dan kerabat termasuk Tengku Hassanal, Pemangku Sultan Pahang yang katanya ketika dia menerangkan situasi semasa Tuanku terkejut dan sangat menyokong dia sebagai PM selepas difahamkan.

Katanya kini dia sudah ada 112 tetapi tidak akan move sehingga ada 120. Depan dia Anuar Mohd Nor salah seorang sahabat yang mengiringi saya nyatakan nombor 120 itu sangat sukar sebab Dr. Mahathir sendiri ada 5.



Anwar sebut Mahathir tua tak mampu kawal game. Malah katanya "Pak Wan", Maszlee dan Sharuddin sudah menghubungi dia dan nyatakan tak sokong Mahathir tetapi sokong Anwar. Malah Anwar menyebut beberapa pegawai kanan kerajaan yang sering bertemu dia antaranya "Mad Azam Baki" (saya kira dia merujuk Ketua Pesuruhjaya SPRM)

Banyak perkara Anwar cuba jelaskan ke arah memujuk dalam pertemuan itu. Dia juga cakap supaya abaikan saja Rusli Ibrahim, adik dia yang bodoh soal politik. Dia juga tak semena-mena cuba menerangkan pasal rakaman percakapan dan "affair" dia dengan isteri Hamzah Zainuddin.

Namun apa pun dalam pertemuan itu saya puas sekurang kurangnya 3/4 dari yang terbuku dapat saya luahkan depan muka dia sendiri. Anwar sendiri hantar kami ke muka pintu banglow mewahnya di Bukit Gasing dengan jelas muka kecewa.



Bisikan terakhir dia kepada saya "please from here we move on together" saya balas dengan saya hanya nak luah apa saya rasa. Saya sangat tahu ego Anwar sangat terkesan apabila salah seorang yang saya bawa memaki "anak haram betui" dengan menujukan pada Nurul Izzah Anwar bila bercerita perangai buruk sikap dengki dan jahat anaknya dalam politik.

Pagi ini tersebar gambar dan video rakaman dari jauh dengan sengaja memanipulasinya dengan tagline jahat oleh para golongan macai Anwar (macai = Mempercayai Apa saja Cakap Anwar Ibrahim) kononnya saya jumpa Anwar untuk insuran.



Ternyata Anwar ahli politik penipu dan pembelit. Tak ada nilai "gentleman" .... saya sudah hantar msg whats app kepada anwar tanya penjelasannya....

Selama ini, banyak saya simpan terbuku apa saya pernah buat untuk keluarga itu. Selama ini saya simpan kerana saya ada sedikit rasa manusiawi terhadap keluarga itu kerana politik ini tidak sepatutnya sampai aib dalam kelambu. Namun kali ini saya rasa masanya dedah semua tanpa rasa ralat.

CheguBard
[Beliau adalah bekas ahli PKR dan juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)]