Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Akta Hasutan: Hannah Yeoh disoal siasat Bukit Aman, telefon bimbit dirampas


Polis selesai mengambil keterangan daripada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial, baru-baru ini.

Yeoh tiba di Bukit Aman ditemani oleh dua peguamnya, Gobind Singh Deo, serta Syahredzan Johan. Beliau menghabiskan masa kira-kira sejam untuk memberi keterangan kepada seorang pegawai penyiasat di situ.

Gobind ketika ditemui pemberita berkata, Yeoh menyerahkan telefon bimbit dan kata laluan akaun media sosialnya untuk membantu siasatan polis.

"Sila ambil maklum bahawa pagi tadi saya telah memberikan kata laluan kepada akaun Twitter dan Facebook saya kepada polis di Bukit Aman bagi membantu siasatan mereka mengenai kenyataan palsu yang telah dikaitkan dengan nama saya." ujar Hannah Yeoh di satu posting beliau di Facebook.




Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan bekas timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, berada di Bukit Aman pagi ini untuk memberi keterangan.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, dan Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 11 Jun, polis membuka satu kertas siasatan berhubung kenyataan yang dibuat pemilik akaun ‘Hannah Yeoh’ di Facebook, yang dilihat mempunyai kecenderungan menghasut.

- Bernama

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh akan dipanggil ke Bukit Aman selasa...
Posted by Buletin TV3 on Thursday, 18 June 2020