Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

UMNO desak kerajaan segera tubuh RCI siasat pemberian Mykad


KERAJAAN PN PERLU TUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DI-RAJA (RCI) BAGI MENYIASAT PEMBERIAN KEWARGANEGARAAN (MYKAD) YANG DIRAGUI

Pada 12 September 2019, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pernah mengeluarkan kenyataan tegas mendesak Kerajaan Pakatan Harapan waktu itu untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI bagi menyiasat isu-isu berkaitan kelonggaran prosedur dan pelbagai dakwaan penyelewengan terhadap kes pemberian Kewarganegaraan (MyKad) yang diragukan.

Dengan pembentunan kerajaan baharu dengan nama Perikatan Nasional kini, sekali lagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin tegaskan keperluan menubuhkan RCI ini bagi menjernihkan segala polemik yang terus menular dalam masyarakat berkenaan dengan pemberian kewarganegaran secara sewenang-wenangnya.




Ingatlah kewarganegaraan Malaysia merupakan anugerah tertinggi negara dan *tidak wajar diberikan secara sewenang-wenang melainkan kepada mereka yang benar-benar layak di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negara!

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

5 Mei 2020